Sumber Foto: IG Dayana Roza
Dayana Roza, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, seorang pelakon hebat yang bakatnya mula digilap melalui pertandingan Anak Wayang.
Kekerapan dirinya memuat naik gambar bersama seorang pemuda di Instagram miliknya menimbulkan seribu tanda tanya oleh peminatnya.
Namun begitu ketika diminta mengulas tentang perkara ini, Dayana mengatakan yang dia banyak belajar dari pengalaman lepas dan tidak suka menggembar-gemburkan cerita peribadi.
Tidak mahu dilabel wanita yang kerap bertukar kekasih, Dayana berkata kepada Berita Harian,
"Cukuplah jika saya katakan, saya sudah pun mengenali seseorang yang istimewa. Bagaimanapun, rasanya tidak perlulah untuk saya menceritakannya lebih-lebih. Tidak seronok pula nanti apabila orang melihat saya seperti bertukar-tukar pasangan, tetapi hubungan terbabit belum pasti."
Walaupun sebelum ini percintaan antara dirinya dan pemain bola kebangsaan, Muslim Ahmad pernah gagal namun Dayana tidak akan pernah serik untuk jatuh cinta lagi.
"Tidak timbul soal serik pun. Cuma, saya mahu menjadi lebih matang dalam hal ini. Biarlah apabila betul-betul hendak berkahwin nanti, barulah saya akan berkongsi kisah yang lebih sahih."
Cantik orangnya, bertuah siapa yang dapat memilikinya, tak begitu? -CARI |