CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6129|Reply: 38

Ini Adalah Malapetaka, Netizen Pertikai Pendidikan Seawal Usia 4 Tahun

[Copy link]
Post time 28-10-2016 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Selepas mendengar sebuah stesyen radio membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun, seorang netizen, Hazhari Ismail meluahkan ketakutannya melalui akaun Facebooknya terhadap ibu bapa yang bersikap bersaing menayangkan kebijakan anak masing-masing.








Hazhari melihat tindakan ibu bapa terlalu mementingkan pelajaran sehingga melupakan kepentingan anak-anak sebagai suatu malapetaka kerana ia mampu membawa kesan buruk kepada anak.


Baru-baru ini pelajar berusia 11 tahun bertindak membunuh diri kerana gagal di dalam peperiksaan, dan Hazhari mengkategorikan ibu bapanya sebagai jumud jiwanya kerana gagal membentuk akhlak dan sahsiah anak.


Luahan hati itu mendapat perhatian netizen dan seperti biasa, ada pihak yang menyokong sementara pihak satu lagi membangkang.


Seorang netizen yang merupakan seorang ahli psikologi tidak bersetuju dengan ujian Linus yang diadakan pada peringkat terlalu awal.






Netizen bernama Alyas Shazwan tidak menyokong pihak yang baginya berfikiran negatif.


"Tidak semua ibu bapa menghantar anak ke tuisyen dengan tujuan bersaing. Anak-anak yang masih kecil tidak dapat berfikir jauh ke hadapan, ibu bapalah yang sepatutmya mencorak peribadi anak-anak," katanya.






Manakala Puterasalahuddin Al-Ayubi berkongsi pengalamannya yang tidak pernah mengambil kelas tuisyen dan zaman kanak-kanaknya yang dipenuhi kenangan manis bermain permainan lasak.





Sementara itu, ramai juga netizen bersetuju untuk mendidik anak-anak di peringkat seawal usia 4 tahun, TETAPI ia adalah pendidikan berbentuk permainan yang membentuk minda dan sahsiah diri, bukan pendidikan yang serius dan formal.







Netizen ini pula berkongsi pengalaman menghantar anaknya ke sebuah sekolah dikenali sebagai Kinderkaizen di mana anaknya seronok belajar di situ.




Sumber foto: FB Hazhari Ismail






Sumber foto: FB Kinderkaizen




Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook Kinderkaizen. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku baru masuk 2 tahun semalam.Budak sebaya dia semua dah ke sekolah. Aku homeschool kan anaknaku dari dia 6month.Bila dia over tangkap,aku dan dan stop kan.. Main sampai dia bosan,belajar balik sikit2 repeat2. Aku berpegang umur bawah 3 ni lebih kepada playschool,main sambil belajar dan mengaktifkan motor system.4 keatas maybe repeat dgn serius.Aku banyak dengar mak2 ceeita,anak masa tadika boleh bercakap 4 bahasa,math,geography,tapi menjelang 8 tahun semua dah dilupakan dan tertekan dengan kelas yg padat termasuk tution.Jadi,itu yang aju risaukan terjadi pada anak aku,aku abagilah dia main sebanyak mana sambil dia belajar sikit2,belajar adab sama,belajar berakhlak juga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:52 PM | Show all posts
nak buat mcm mana dah sistem pendidikan kita ke arah mcm tu....tengok soaln2 upsr pun dah tau...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur anak 6 thn patut dh boleh baca n menulis....kalau tk mmg tertinggallah anak2 kalau msk thn 1 nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pedapat aku, lebih baik hantar anak masuk kindergarden umur 6 tahun. org dulu2 okay je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 02:37 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 28-10-2016 01:58 PM
Pedapat aku, lebih baik hantar anak masuk kindergarden umur 6 tahun. org dulu2 okay je.

Dulu-dulu ok...
Skrg ni lagi cerdik budak lagi kurang ajar....klu Gen-Y tu, cakap dengan org tua mcm ckp dgn kwn-kwn dia je...
bayangkan 4 thun masih pakai diapers dah gi tuisyen....
Sepatutnya ajar anak tu train gi toilet dulu bkn sibuk ajar geografi, matematik, etc...
nanti dah besar fail math mcm laba....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat aku plak. Dr kecik la kene dedahkan anak2 membaca, menulis, dan mengira. X salah hantar anak umur 4 tahun sbb kita nk build social skill diorang disamping kemahiran lain spt inkuiri, self esteem which ada ibu bapa yang x sempat nk buat sbb sibuk.. so tpulang la pd ibubapa. Gunakan pendekatan yg sesuai. Sistem pendidikan kita skrg advance, sbb tahun 1 msti dh kuasai kemahiran membaca, menulis, mengira. X boleh nk samakan dgn kita zmn dulu2.. aku tgk mostly budak yg homeschooling ni ada masalah social. Mereka x pandai nk bgaul /btolak ansur kecuali diorag mmg dididik dirumah oleh ibubapa. Kalau kita pasti anak kita tkde masalah social, mmg cpat tgkap apa yg diajar sesuai sgt masuk tadika 6 tahun. Lagi 1 bila kita tak dedahkan anak2 dgn persekitaran sekolah sejak awal.. diorang akan hadapi masalah semasa tahun 1 which is akan melalak meraung cari mak sedangkan pada tahun 1 sesi pembelajaran tlah bmula. Apepun tpulang pada ibubapa. hanya Kita yg faham keadaan anak kita.. ttg psycologist plak aku rasa tu mmg keje korang kot.. korang handle la ikot ilmu yg korang ada, sbb pada aku x logik ada budak 25 orang, tetiba sorang budak semua ujian linus die tak lulus (kenapa semua budak boleh tp yg sorang ni x boleh) sbb tu budak2 ni dirujuk pada pihak berkenaan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 03:13 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 28-10-2016 02:37 PM
Dulu-dulu ok...
Skrg ni lagi cerdik budak lagi kurang ajar....klu Gen-Y tu, cakap dengan org tua  ...

yea btl tu .. seeloknye la ibu bapa yang nak ank cerdik pintar cerdas tu ajar mereka berdikari dlu sblm hantar ke tuisyen .. ank-ank dulu elok je takde tuisyen pon lancar membaca seawal 6 tahun .. ini semua cara didikan ibu bapa bkn bergantung penuh pada system pembelajaran & tenaga pengajar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 03:24 PM | Show all posts
saya ada plan nak hantar anak pegi school masa umur 4thn
nak hantar dia sbb nak dia belajar berkawan, berinteraksi dengan rakan sebaya
sekarang ni mak saya yg jaga
kesian kat mak pun ye
sbb anak dah lasak, tak terkejar nak jaga
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-10-2016 02:37 PM
Dulu-dulu ok...
Skrg ni lagi cerdik budak lagi kurang ajar....klu Gen-Y tu, cakap dengan org tua  ...

betul tu, hadoyy.. bdk kecik pun pandai ckp kau aku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm aku ni aku mmg  hantar anak aku ke play school.. Sbb kt rumah die xde geng sebaya.. Bukan lama pun 4 jam je 8 to 12 je pun... So  die main n improve skill die la... Klu da hari2 yg die xde mood nak pg. aku mmg x paksa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 04:39 PM | Show all posts
anak aku umur 3 tahun aku tumpangkan tadika kemas... bukan sebb nak compete...tapi nak bg pendedahan awal..n so far kat sekola dia cuma main je..mcm duduk kat nursery...tapi cuma 3 jam je la.....yelah 3 tahun what do u expect...belajar kenal benda je la..
... umur 4 tahun masukkan  tadika pasti... kat sekola dia belajar mengaji iqra' n kenal abc n alif ba ta..n banyak wat actvt lain...
n tahun depan aku dah registerkan dia masuk tadika bistari... yg mana tadika ni lebih tekankan pembelajaran dalam bahasa inggeris...
bukan nak tortured minda kanak2.. tapi lebih kepada pendedahan awal.. supaya dia x culture shock bila masuk sekola...tu je..
so far anak aku happy je g sekola..ade gak mase2 dia malas g sekola n kekadang aku pontengkan gak dia sekolah...sebb bg aku dia kecik lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 04:46 PM | Show all posts
Edited by tipuware at 28-10-2016 04:50 PM

so far, aku cuma hantar anak aku gi aktiviti kokurikulum, cam kelas renang dan memanah pasal dia yg mintak. kalau kelas matematik ke apa, dia belajar masa shopping brng rumah dengan aku, kalau kelas kemahiran hidup, dia belajar cara berkomunikasi ~~ ada tak bunyi cam Sohaaii??
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk parents skrg ni aggp akademik la segala galanya..sahsiah anak disiplin sume ke laut..ade officemate aku ank da 4 thn still lg pkai pampers..mnum susu gne botol lg..tak reti hormat org tua..sepak terajang ibunya dpn org..kwn aku ckp takpe minda anaknya tgh brkembang..

Konsepnya ank aku perangai tak rupe org takpe jnji die pandai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
LautBiru52 replied at 28-10-2016 09:22 PM
Aku tgk parents skrg ni aggp akademik la segala galanya..sahsiah anak disiplin sume ke laut..ade off ...

euwww kebodohan apakah anak umo 4 thn stil pakai pampers.. ni bkn budak ni bodoh..tp tahap ignorance mak pak yg tinggi ..bodo piang.. jenis mak pak konon sibuk keje..main hp ..takde masa layan anak..elok mereput je..

iols pnh nmpk budak umo 4-5 thn stil pakai pampers..n the mother dgn rambut blonde jenis clubbing bole marah anak die nape jln terhoyong hayang mcm org mabuk? pdhal mak die mcm org mabuk.. parent yg sial
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada 2 anak menakan dari kecik mak mereka pushed dari segi pembelajaran. Masa sekolah straight As. Satu bila dapat masuk UM burned out. Dok la marapu kehulu kehilir drop out lepas 1st sem. Sorang lagi lepas U tapi time keje burn out pulak.
Pada aku la, ajar anak dari rumah membaca, mengira penting tapi anak tu masih perlu have fun dan alami alam kanak kanak seperti fitrah semulajadi. Jadilah ibu bapa yang membimbing bukan mendesak hanya kerana berlawanan dengan orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2016 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
poison_paradise replied at 29-10-2016 12:40 AM
euwww kebodohan apakah anak umo 4 thn stil pakai pampers.. ni bkn budak ni bodoh..tp tahap ignoran ...

Over protective pn ye jugak..boleh tarik muka la kalau tegur psal anak die..budak tu anak agkt..kwn aku ni kawin lame takde anak..

Syg yg menjahanamkan la senang cite..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 09:09 AM | Show all posts
tipuware replied at 28-10-2016 03:46 AM
so far, aku cuma hantar anak aku gi aktiviti kokurikulum, cam kelas renang dan memanah pasal dia yg  ...

my baby dari umur 5 bulan me dah hantar kelas berenang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 09:50 AM | Show all posts
cahaya_almas replied at 28-10-2016 01:25 PM
Umur anak 6 thn patut dh boleh baca n menulis....kalau tk mmg tertinggallah anak2 kalau msk thn 1 na ...

aku tak nafikan sistem sekolah kat malaysia macam ni.  Kalau umur 6 tahun dah kena pandai menulis dan membaca.  

anak sulung aku tadika luar negara sampai umur 6 tahun masih main2 lagi dan cuma tahu eja nama dia je.  Sambung tadika malaysia, ada exam, cikgu kena bacakan soalan sebab dia belum pandai membaca.  Tadika diluar negara pentingkan perkembangan mental, fizikal  dan sosial kanak2 yang sesuai dengan usianya, dan membaca bukan prioriti lagi.

sekarang anak bungsu aku sekolah rendah di luar negara,  buku teks pun takde, apatah lagi buku kerja.   Sekolah hanya pentingkan basic membaca, mengira dan menulis.  Kebanyakan masa bermain, aktiviti2 fizikal dan kreatif.  Masuk sekolah menengah barulah  akademik dipentingkan dan diambilkira.

Hasilnya semasa di universiti terutama di luar negara, kita dapat lihat beza pelajar2 kita dan mereka.   Mereka berani meluahkan pendapat, kreatif, dan bila bekerja, negara  merekalah yang lebih kedepan menghasilkan idea baru, sedangkan anak2 kita di malaysia ni kecil2 lagi dah advanced skill membaca, maths sainsnya dibandingkan dengan mereka.  Malah anak2 kita kecil2 lagi dah masuk tusyen!!  Alam kanak2 kita terlalu singkat, terus dipaksa masuk ke alam dewasa.

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 09:59 AM | Show all posts
faraway1 replied at 29-10-2016 09:09 AM
my baby dari umur 5 bulan me dah hantar kelas berenang

kelas berenang memang lebih bagus hantar sebelum baby pandai berjalan, sebab berenang tu memang second nature dia masa dalam perut ibu.   Bila dah pandai berjalan,   skill berenang dah hilang, kena belajar dari basic balik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064134 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list