Menjadikan asid sebagai 'bahan mainan' menyebabkan orang lain terseksa fizikal dan mental, pesalah dijatuhkan hukuman setimpal.
Seorang lelaki Iran dibutakan matanya sebagai hukuman menyimbah asid ke wajah seorang kanak-kanak berusia empat tahun menyebabkannya kehilangan upaya penglihatan.
Menurut Mail Online, Ketua Hal Ehwal Jenayah bagi pejabat pendakwa Tehran berkata, Mohammad Shahriari, pada tahun 2009, lelaki itu menyimbah asid ke muka seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Sanandaj sehingga menyebabkan mata kanak-kanak itu buta.
"Hari ini, undang-undang jenayah telah digunakan di hadapan saya dan pakar-pakar," katanya.
Tahun ini, ia adalah kali kedua Iran melaksanakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan dalam negara Islam itu.
Walaupun Undang-undang itu merupakan sebahagian daripada kod syariah Islam, pelaksanaannya dikecam kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.
"Hukuman sebegini adalah 'terlalu kejam'," kata seorang penyelidik.
Sumber foto: The Guardian
Mangsa bagaimanapun berhak memilih hukuman untuk dikenakan ke atas penyerang mereka yang selalunya dilakukan berdasarkan wang tuntutan ganti rugi.
Pada 2011, salah satu mangsa yang menjadi buta akibat serangan asid beberapa tahun sebelum itu, Ameneh Bahrami, menggunakan hak tersebut, yang didakwanya tidak mahu penyerangnya mengalami derita yang sama.
Sumber foto: AFP
Manakala awal tahun ini, seorang lelaki Iran dilaporkan buta sepenuhnya akibat hukuman kesalahan menyimbah asid kepada seorang pemandu teksi pada tahun 2009.
Lelaki itu, Mojtaba Saheli, 31, sebelum itu dibutakan mata kiri dengan menggunakan asid pada tahun lalu, kini sedang menjalani peringkat kedua dan terakhir hukuman pemusnahan mata kanannya. - CARI |