Sejarah baru dunia tercipta apabila calon dari parti republikan, Donald Trump diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 menewaskan Hillary Clinton penuh dengan kontroversi.
Sumber foto: The Independent
Pemilihan itu merupakan yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya presiden AS di mana Hillary menerima 59,923,027 kertas undi lebih banyak daripada Trump yang hanya menerima 59,692,974 kertas undi.
Namun, di saat-saat terakhir, Trump berjaya menewaskan Hillary dengan meraih 306 undi perwakilan tempatan berbanding Hillary yang hanya memperoleh 232 undi daripada keseluruhan 538 undi, sekali gus melakar sejarahnya tersendiri apabila dia menang bergaya tanpa publisiti positif.
Menurut portal The Independent yang mendedahkan rahsia kejayaan Trump, faktor terbesar kejayaannya itu adalah tindakan pantas pasukan kempen Trump segera ‘menghilangkan’ kenyataan dan video ucapannya yang berbau perkauman beberapa hari sebelum pengundian bermula.
Kenyataan itu memaparkan hasrat Trump yang ingin mengharamkan umat Islam daripada memasuki AS sehinggalah mereka dapat menyelesaikan konflik serangan maut pengganas IS.
Tindakan pantas 'membuang' kenyataan penuh kontroversi itu kemudian dihebahkan menerusi laman media sosial tempatan sebagai menarik pengundi Muslim di AS. Malah, ia berjaya mempengaruhi kira-kira tiga juta umat Islam di seluruh AS untuk beralih arah mengundi wakil Republikan itu secara senyap.
Sumber foto: The Telegraph News
Trump yang berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, berjaya 'menjauhkan' orang ramai dari mengundi Hillary yang menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
Malahan, kemenangan Trump turut disambut baik kesemua pemimpin negara Islam terutama rantau Asia Barat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalannya, bagaimanakah Trump akan menerajui AS selepas mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 20 Januari depan? - CARI |