Drama bersiri Suri Hati Mr Pilot selamatkan rumah tangga penonton. Biar betul? Menurut BH Online, Neelofa tidak menyangka drama bersiri lakonannya bersama Fattah Amin itu dapat menyelamatkan rumah tangga sepasang suami isteri.
Kira hebat lah pengaruh karakter Warda dan Ejaz kerana mampu memulihkan hubungan dalam sesebuah rumah tangga.
"Jujur saya terharu apabila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan mampu menyebarkan mesej kepada ramai. Saya fikir penonton sekadar minat sebaliknya ia meninggalkan kesan mendalam termasuk terhadap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga seperti diceritakan kawan saya itu.
"Kebetulan kawan saya mengenali pasangan berkenaan. Suami wanita itu ada berpesan mahu mendapatkan poster yang mempunyai tanda tangan saya selepas isterinya bersalin nanti," jelasnya kepada BH Online.
Menurut Neelofa, pasangan itu hanya tunggu masa untuk berpisah, namun masih sebumbung kerana zuriat dalam kandungan si isteri. Walaupun begitu, mereka tidak pernah terlepas dari menonton drama itu sejak pertama kali episod pertama disiarkan.
Sumber foto: Carian Internet
"Watak Ejaz dan Warda sendiri memaparkan saat mereka bergaduh dan masing-masing ada ego sendiri. Tetapi dua watak itu cuba bertolak ansur dalam setiap masalah atau rintangan yang dilalui. Kawan saya beritahu banyak babak yang ditonton menerusi drama itu terus membuatkan mereka mahu hidup bersama.
"Begitu juga dengan watak Muslim dan Umaira yang sudah bercerai talak satu tetapi rujuk semula. Jelas drama ini sarat nilai hingga mampu mencetuskan perubahan kepada mereka yang berada di alam realiti," katanya.
Tahniah Neelofa dan Fattah Amin kerana berjaya membawa watak dengan sangat baik sehingga mampu mendorong penonton untuk perbaiki hubungan dalam rumah tangga. - CARI |