|
Bekas pemain bola sepak Terengganu, Alfian Aziz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara pada kira-kira jam 10 pagi tadi.
Jenazah pemain yang pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia tahun 2001 itu tiba pada jam 4 pagi tadi dari Hospital Gerik dan disembahyangkan di Surau flat Sri Kolam.
Penyerang berusia 36 tahun itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 55 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Hentian Titiwangsa, Gerik, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa menaiki Perodua Alza dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah ke Terengganu.
Dipercayai, kenderaan yang dipandu mangsa terbabas dan merempuh penghadang jalan.
Dalam kejadian itu, isteri mangsa, Zanariah Ramli @ Danial Malan, 27, cedera di muka manakala dua anaknya, Arysha Zahra, 3, patah tulang pinggul, paha dan pendarahan dalam kepala serta Aqeef Zafran, setahun cedera ringan. - CARI
sumber foto: BH Online & infolagi2u.blogspot.my |
|