Sumber Foto: Pinkvilla.com
Sentiasa tampil jelita dan mempunyai 'make-up artist' peribadi tidak menjadikan Aishwarya Rai terlepas dari pemilihan gaya yang salah. Malahan, boleh dikatakan bintang ternama Bollywood ini selalu melakukan kesilapan besar dalam soal solekan dan pemilihan gaun.
Situasi tersebut terjadi baru-baru ini semasa Aishwarya menghadiri pelancaran jam tangan baru Longiness di Delhi, India. Menjadi duta kepada jenama tersebut membuatkan isteri kepada Abishek Bachchan ini menjadi tumpuan utama dalam majlis tersebut.
Sumber Foto: Pinkvilla.com
Sekilas pandang, Aish tampil memukau dengan gaun yang indah, penataan rias rambut yang mengurai dan ikal mayang. Namun, jika diperhatikan secara dekat, ternyata ada sesuatu yang menganggu dirinya daripada tampil sempurna.
Di bawah kelopak mata, jurusolek yang bertanggungjawab menyolek wajahnya telah meletakkan terlalu banyak 'concealer' di bahagian itu. Walaupun kulitnya cerah, namun 'concealer' yang terlalu tebal membuatkan muka bintang ini nampak berbelang.
Disebabkan kesilapan tersebut, hal ini menjadi perhatian dan Aish 'dibuli' oleh media India dan salah satunya ialah Pinkvilla yang menyatakan penampilan Aish nampak palsu bila didekati.
Sumber Foto: Pinkvilla.com
Mungkin dia keletihan yang amat sangat sehingga kelopak bawah matanya menjadi hitam. Sayangnya, usaha si jurusolek untuk membuatkan penampilan ibu anak satu itu tampak lebih segar nampaknya tidak menjadi.
Kesian Aishwarya, kan? -CARI |