Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng yang akan menemui penonton pada 24 November ini adalah 'tapak' di mana Gambit Saifullah, 31, akan membuat kemunculan semula di layar perak setelah menyepi dari dunia perfileman buat beberapa ketika.
Sumber foto: IG Gambit
Gambit menjelaskan dia aktif melakukan kerja di belakang tadbir dan menghasilkan program travelog di sepanjang tempoh tidak berlakon.
Menurut Harian Metro, Gambit bersyukur kerana bakatnya masih dicari walaupun ‘hilang’ seketika dari industri lakonan.
“Pada 2010, saya menolak banyak tawaran dan apabila memikirkan kembali perkara itu, saya berasa agak menyesal. Mungkin pada ketika itu saya belum matang dan membuat keputusan terburu-buru tanpa berfikir panjang. Saya pentingkan diri dan menghampakan pihak stesen televisyen serta produksi,” katanya kepada Harian Metro.
Sumber foto: Harian Metro
Dia akui dirinya cerewet dalam memilih watak kerana mengutamakan karya yang berupaya memberi impak positif kepada penonton.
Gambit juga menceritakan kesukarannya menjiwai watak dalam filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng berikutan sudah lama tidak beraksi depan kamera.
Selain itu, Gambit juga akan memberi tumpuan kepada lakonan drama dan filem seperti drama bersiri Isteri Tuan Ihsan serta telefilem Aku dan Dia.
Selamat kembali ke pentas lakonan diucapkan kepada Gambit. Semoga kali ini lebih matang dan tidak lagi terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
- CARI |