CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6657|Reply: 55

Eww Menjijikkan! 5 Perkara Kotor Di Hotel Yang Perlu Dielakkan

[Copy link]
Post time 16-11-2016 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Setiap orang mesti pernah menginap di hotel, tidak kiralah hotel 3 bintang, 4 bintang mahu pun 5 bintang. Walaupun bintang digunakan sebagai penanda aras untuk menunujukkan kualiti sesebuah hotel itu, namun ianya tidak memberi jamainan tentang tahap kebersihan penginapan tersebut.


Penemuan sebuah nota di bawah lapik cadar membuktikan yang linen katil di hotel tidak ditukar walaupun tetamu sudah saling bertukar ganti! Perkara ini membuatkan kita terfikir tentang kebersihan sesebuah hotel secara amnya.


Sumber Foto: www.cosmopolitan.co.u


Walaupun pekerja pembersihan mempunyai garis panduan yang ketat, namun realitinya ruangan kecil yang menampung beribu penginap pastinya tidak dapat menghalang kewujudan pelbagai serangga dan bakteria.


Ini antara 5 perkara perkara kotor di hotel yang perlu diberi perhatian lebih banyak:

Sumber Foto: wwwhuffingtonpost.com


1. Alat kawalan jauh TV
Kajian dari University of Houston mendapati terdapat banyak kuman, dan paling teruk najis ada pada alat kawalan ini.
Jadi tipsnya, boleh bawa topi mandi anda sendiri dan balutkannya di sekeliling alat tersebut sebelum menggunakannya. Cara ini juga boleh dipraktikkan pada tombol pintu kerana ia juga dipenuhi dengan bakteria.


2. Gelas minuman
Dalam satu penyiasatan yang dilakukan oleh Fox News, sebuah kamera yang diletakkan secara tersembunyi telah berjaya merakamkan ramai pekerja yang membersihkan bilik hotel tidak membasuh gelas minuman yang telah digunakan dengan menggunakan sabun.


Sesetengah pula hanya menyemburnya menggunakan cecari pencuci. Oh, tidak! Sangat menjijikkan.


Sumber: Carian Google


3 Mesin pembancuh kopi
Sebuah pendedahan dari ABC News menunjukkan yang pekerja tidak mencuci mesin tersebut dengan betul. Perkara ini akan menyebabkan bakteria, dan disarankan anda pergi sahaja ke kafe untuk mendapatkan secangkir kopi.



Sumber Foto: www.hotel-r.net



4.Cadar
Tanya diri berapa kali anda membasuh selimut, permaidani dan cadar anda sendiri? Jarang bukan, begitu juga dengan pihak hotel.
'Comforter' selalu dijadikan penghias dalam sesebuah bilik hotel, namun awas kerana kebanyakan langsung tidak pernah dibasuh.

5. Sarung bantal
US Today Show mendedahkan yang pekerja hotel tidak menukar sarung bantal yang baru untuk tetamu yang seterusnya. Sebaliknya hanya menggunakan sarung bantal yang sama digunakan penginap sebelum itu.
Walaupun tiada kotoran yang kelihatan, namun permukaannya telah disentuh dan mungkin terdapat tinggalan rambut dan kulit manusia, bakteria, kosmetik, kutu dan sebagainya.


Mesti semua terkejut dan selepas ini berasa geli untuk menggunakan benda-benda yang dinyatakan di atas bukan?


Apa-apa pun boleh praktikkan saranan yang telah diberi dan pastinya kebersihan dri anda akan lebih terjaga selepas ini, okay? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 12:19 PM | Show all posts
ayookkkk geli nya wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 12:35 PM | Show all posts
rasa2 hotel kat sini mcm tu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 12:49 PM | Show all posts
aiyoo... buat aku geli bila nak check in
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
aiyo bab glas, rmote n tmbol pntu tu aku prcaya. tp bab cdar tu xkot. aku klu dok bbrapa hari hotel, tiap2 ari aku suh hsekpng tukar cdar n srung bntal wlupun aku sndri yg guna dah hsekpng tu tnya, nk tukar ke x, aku kata la tukar la
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 01:13 PM | Show all posts
dah tu ada pilihan lain ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2016 01:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 02:22 PM | Show all posts
cadar tu tukar kot......takkan la tak tukar....bagai nak gile housekeeping tu ngangkut ape kalao bukan cadar.... plus bau Wangi cadar n sarung bantal bile check in....tapi seb baik aku jenis lapik bantal n tmpt tido aku dgn towel or kain batik....hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 02:56 PM | Show all posts
pernah baca ada yang jumpa kondom dalam kettle hotel tapi sebelum baca pun memang tak pernah guna kettle gelas sudu dalam bilik hotel sebab tak yakin
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 03:07 PM | Show all posts
lepas baca baru aku pasan selama ni cuma nampak diorg bawa tuala dgn keperluan dlm bilik air
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 03:58 PM | Show all posts
aiyoo.. perkara yg boleh buat kita was2 je duduk hotel
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 04:23 PM | Show all posts
Aiyaa...
Dah la sekarang musim meeting dan kena duduk hotel je
Kena bawa kain batik buat alas tilam dan bantal la jawabnya.
Gelas? Tak buat air minum dalam bilik, so boleh pass.
Remote tv...saya jenis tak tengok tv. Roomate je yang suka jadi kalau apa-apa dia yang kena
Tombol pintu...mungkin boleh cuba.
Paranoid kah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 04:24 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 16-11-2016 03:07 PM
lepas baca baru aku pasan selama ni cuma nampak diorg bawa tuala dgn keperluan dlm bilik air

Yup. Perasan juga tak ada cadar dan sarung bantal dalam troli housekeeping.
Yang ada biasanya tuala
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 06:36 PM | Show all posts
Memang akan check semua benda tu sebelum gunakan kalau nampak tak bersih memang akan call housekeeping untuk tukar on the spot
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 06:52 PM | Show all posts
eeeee...sis xnklah tido hotel.tp nk tido mane pulok
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwwwwwww fobia pulak nk g holiday
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
alahaii,jijik betul
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum nak guna kettle, gelas, sudu semua ai selalu cuci dulu. Tapi dijamin kah? Aiyoooo
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
takde. sesapa ke. kat. sini. yg. terlibat. dgn. housekeeping. kat. hotel.  

  or.  yg. penah. wat. parttime. bhgn. hsekeeping. kat. hotel?

mohon. bg. sepatah. dua. kata.pasal. isu. nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dorg x Tukar pun. Penah keje 2 hari kt hotel.. Acik house keeping  iron je cadar tu utk hilangkn kedut. Tkejut ok tgk tu...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.132692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list