Kepada yang gemar berkunjung ke Chicken Rice Shop, pasti tidak asing lagi mendengar nama Pai Tee, bukan? Berasal dari keturunan peranankan, Pai Tee juga dipanggil top hat keran rupa bentuk kuihnya.
Sumber foto: http://www.bestofhalal.net
Jenuhlah kalau nak makan selalu di Chicken Rice Shop kerana harganya agak mahal juga. Lebih baik buat sendiri. Nak tau macam mana? Jom tengok resipinya.
Bahan-bahan kulit pai tee:
180 gram tepung beras cap teratai
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
Secubit garam
Bahan-bahan inti:
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Bahan lain (opsyenal):
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Cara-caranya:
Kulit Pai Tee
1. Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, kemudian gaul rata dan ayak. Selepas itu masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup acuan pai tee ke dalam minyak panas tadi selama lebih kurang 30 saat. Angkat acuan dan celup separuh acuan dalam bancuhan tepung, buat macam gambar.
3. Masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pai tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali untuk menjadikan bahagian bawah pai tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
Sumber foto: Blog Che mat tiffin biru
4. Tanggalkan kulit pai tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
Inti Pai Tee:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata.
2. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
Pai Tee:
1. Sudukan inti ke dalam kulit pai tee hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng.
2. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan.
Makanlah ketika masih panas kerana ia akan menjadi lembik selepas dimasukkan inti. Selamat mencuba semua! - CARI
Kredit resipi: Che mat tiffin biru |