CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1512|Reply: 2

Mencela Kesucian Agama Islam, Ahok Bakal Didakwa Di Mahkamah

[Copy link]
Post time 17-11-2016 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Foto: hallopikada.com


Penyandang Gabenor Jakarta, Ahok atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama akan didakwa di mahkamah sebagai penista agama gara-gara kenyataannya yang memetik surah Al-Maidah semasa bertemu dengan pengundi di Kepulauan Seribu dua bulan lepas.


Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian, seramai 27 orang yang menyertai pasukan khas siasatan termasuk ulama, pakar bahasa dan pakar psikologi, mendapati Ahok dituduh menistakan agama Islam.


Menurut laporan Awani, terdapat perbezaan pendapat antara ahli bahasa dan tokoh agama tetapi majoriti anggota pasukan penyiasat berpendapat Ahok harus didakwa atas kenyataannya yang menyentuh tafsiran Al-Quran itu.


Ahok dikatakan akan mempertahankan jawatannya sebagai Gabenor Jakarta pada Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari 2017 dan dicabar oleh dua calon iaitu Anies Bsawedan dan Agus Harimurti Yudhoyono.


Sumber Foto: Reuters


Dalam ucapannya, Ahok didakwa meminta umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak menggunakan ayat 51 surah Al-Maidah dalam Al-Quran yang menyebut umat Islam dilarang memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.


Kenyataan itu mengundang kemarahan umat Islam di Indonesia dan ratusan ribu umat Islam menganjurkan demonstrasi membantah Ahok di ibu kota Jakarta pada 4 Nov lepas.


Ahok akan didakwa di bawah Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik dan kesnya akan berlangsung di mahkamah secara terbuka. Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam tahun dan denda Rp1 miliar (kira-kira RM300,000).


Walau bagaimanapun, Ketua Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) Jakarta, Sumarno mengatakan status Ahok sebagai tertuduh tidak menjejaskan haknya untuk bertanding dalam Pilkada sehingga jika beliau didapati bersalah.


Ahok pula dalam reaksinya berkata yang beliau akan menghadapi tuduhan itu dan yakin dirinya tidak bersalah kerana telah difitnah.

"Saya akan membela diri di mahkamah dan akan menghadapi sebarang tuduhan, saya tidak bersalah, saya tiada langsung bermaksud untuk menista agama," katanya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 06:37 PM | Show all posts
bunuh jelah Ahok ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 07:11 AM | Show all posts
teruk sangat ke statement ahok ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051554 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list