Wah, ini suatu berita menarik! Vokalis Akim & The Majistret, Akim Ahmad, 25, akan menyanyikan sebuah lagu Tamil berjudul Endrum 16 di Konsert Akhir Superstar Endrum 16 pada 19 November ini.
Sumber foto: IG Akim & Stacy
"Itu adalah pengalaman pertama menyenyikan lagu Tamil dan pada masa sama, berasa sangat gembira apabila dipilih penganjur acara terbabit untuk membawa lagu itu.
“Bukan mudah untuk saya menyanyikan lagu Tamil tetapi syukur banyak pihak sudi membantu terutama penerbit lagu ini, Jay yang membimbing dari segi sebutan,” kata Akim kepada Harian Metro.
Menurut Akim, Bahasa Tamil tidaklah semudah disangka kerana ada cara sebutan yang berbeza dan boleh membawa maksud berbeza jika salah sebut.
Sementara itu, Akim juga akan digandingkan bersama Reshma (AF2016), Kashika (Ceria Popstar), Darkey, Vicanes Jay, Magen, Queen, Hariharan, Hasmitha dan Daraneswary ketika membawa lagu itu nanti.
Sumber foto: mStar Online
Dalam masa sama, Akim akui dia berminat untuk menghasilkan dan menyanyikan lagu dalam bahasa Tamil jika diberi peluang.
“Muzik India sebenarnya mempunyai teknik yang sangat hebat.
“Selain menampilkan kelainan, menyanyikan lagu Tamil juga boleh membantu saya mempertingkatkan skil dalam nyanyian,” jelas Akim.
Apa akan terjadi pada hari persembahan itu nanti ya. Semoga Akim dapat membawa lagu itu dengan jayanya. - CARI |