|
Sukarnya mahu memenangi hati wanita pujaan? Masih jua si dia bersikap jual mahal dan juga berlaku sombong?
Mungkin anda merupakan lelaki yang jarang dan tidak gemar mengambil bawang putih dalam diet! Apa pula kaitannya kan?
Tahukah anda, pengambilan bawang putih dalam dos tertentu dalam diet membuatkan bau badan lelaki lebih menarik dan mengghairahkan ramai kaum wanita?
Bukan omongan kosong sebaliknya ada kajian yang mengesahkan hal ini!
Memetik laman Huffintonpost, terdapat 3 kajian yang melakukan ujian bau badan lelaki yang mengambil bawang putih ini dalam diet mereka.
Salah satunya dilakukan oleh pengkaji dari Charles University di Prague. Responden dari kalangan lelaki dibahagi kepada dua kumpulan, yang mengambil sandwich keju bersama bawang putih dan juga kumpulan yang hanya mengambil sandwich keju kosong.
Mereka ini dilarang memakai deodorant dan juga merokok. Malah diberikan kapas untuk diletakkan di bawah lengan masing-masing untuk jangka masa 12 jam.
Hasil kapas daripada kedua-dua kumpulan 'dipersembahkan' kepada kaum wanita dan ternyata lelaki yang mengambil bawang putih dikatakan memiliki bau badan yang lebih menarik, lembut dan maskulin. Malah lelaki ini juga dikatakan kurang ego.
Kesimpulannya, keputusan yang positif ini didapati mungkin kerana sifat antioksidan yang terdapat pada bawang putih telah menjadikan bau badan 'semakin baik'.
Oleh itu, sudah tahu kan rahsia untuk menangkap hati wanita?? - CARI
Foto: Carian google
|
|