Majlis gilang gemilang American Music Awards yang berlangsung baru-baru ini nampaknya telah mencalar perasaan pengikut bakal presiden baharu AS, Trump.
Acara yang dihoskan oleh model cantik Gigi Hadid dan juga Jay Pharoah itu dikatakan telah memperlekehkan isteri kepada Trump iaitu Melania Trump.
Gigi bertindak melawak di atas pentas dengan meniru gaya dan juga ucapan Melania.
"Saya cintakan suami saya, Presiden Barack Obama, dan anak-anak kami, Sasha dan Malia," kata Gigi berlawak dan 'menyindir' isteri tokoh tersebut.
Penonton rata-ratanya ketawa dengan lawak tersebut, namun nampaknya berlainan pula dengan reaksi netizen di laman sosial.
Mereka mempersoal Gigi telah melakukan tindakan yang bodoh dan tiada 'kelas'.
"Kritiklah Trump, kenapa isteri dia pula?" ujar seorang netizen.
Apa pun, si cantik berusia 21 tahun ini tetap tampil menawan dan dilihat menyempurnakan lagi kemenangan kekasihnya Zayn Malik dengan anugerah Artis Baru Terbaik. - CARI
smlm aku baca report melania takmo tinggal kat white house.dia nak stay kat NY ngan ank lelaki dia mcm biasa.dia kat white house bila ada urusan je.kiranya dia tak hadap sgt mendiva jadi 1st lady
Post time 22-11-2016 01:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 22-11-2016 12:20 PM
smlm aku baca report melania takmo tinggal kat white house.dia nak stay kat NY ngan ank lelaki dia m ...
semlm ada ckp fake news psl tu. for me melania tu seorang yg sweet dan wanita average lah. it's not fair juga bila die kena kecam. psl immigrant tu trump hanya kecam pd immigrant yg illegal. klau tgk video diinterview iosl rs sheols ni mcm dikongkong trump pun ada. kalau ada interviewer tanya dia mesti trump tu tolong jawabkan.. nk compare dgn michelle. hillary mmg jauh skali lah
fake ke..bbc pun keluar news neh.lebih kurang dia takkan pindah right away. barron tu tetap akn sekolah kat NY...mak dia temankan.basically mak dia masih bukan dikira penghuni white house dlm masa terdekat