Sumber Foto: IG Datuk Red dan IG Ruhainies
Masih ingat lagi tak tentang gambar pelukan mesra antara Ruhainies dan Datuk Red yang tersebar luas tidak lama dahulu?
Disebabkan kontroversi yang melanda dirinya membuatkan pelakon yang mesra dipanggil Ruhainies ini lebih berwaspada dan tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
Walaupun detik hitam yang mengaitkan namanya dengan Datuk Seri Adnan Abu itu sudah pun berlalu, namun Ruhainies tegas menyatakan yang dia tidak akan mungkin bekerjasama lagi dengan suami kepada penyanyi Adira itu.
Sumber Foto: IG Ruhainies
“Sejak daripada kontroversi itu memang tiada [apa-apa projek], tiada lagi hubunginya. Kalau boleh saya elakkan sebab sudah berlaku benda macam itu. Kalau kerjasama lagi akan jadi isu lain pula lepas ini. Jadi saya tak mahu dan elak daripada benda ini timbul," katanya kepada ProjekMMO.
Ruhainies berkata sikap Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red itu tidak serius dan tidak profesional dalam pekerjaan membuatkan dia serik untuk meneruskan apa-apa projek dengan pengamal poligami itu.
Sumber Foto: IG Ruhainies
“Mahu kesian pun nak buat macam mana, beliau kena faham. Banyak lagi artis lain yang beliau boleh ambil selain saya. Sebab suka, itu yang saya nak elakkan. Kalau suka-suka ini saya tak mahulah sebab saya muda lagi. Bila kerja, saya nak kerja sahaja. Tak mahu ada isu peribadi dicampur adukkan."
Sumber Foto: IG Datuk Red
Ruhaies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menambah yang dia mahu namanya naik disebabkan cara yang positif dan bukanlah sebaliknya.
Baguslah Ruhainies buat begitu, bukan sahaja dapat menjauhkan diri dari hubungan dengan suami orang, malah dapat mengelakkan fitnah.
Semoga Ruhainies semakin sukses dalam industri hiburan! -CARI |