Sungguh comel dan mencuit hati! Tak tahan melihat gelagat comel seorang kanak-kanak perempuan yang mendendangkan lagu Memori Berkasih dengan Achey melalui aplikasi Smule.
Sumber foto: Youtube
Sejak minggu lalu lagi video nyanyian duet itu hangat diperkatakan netizen yang tercuit dengan aksi mereka. Dalam masa sama, ramai netizen terpegun dengan kebolehan adik comel kita itu yang menghafal lirik lagu tersebut.
Menurut BH Online, Achey sebenarnya sudah lama berhasrat untuk berduet dengan si cilik itu yang menggunakan akaun 'Putera Malaya', dipercayai milik bapa kanak-kanak berkenaan.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 30, mengakui dia kagum dengan bakat anak kecil itu kerana mampu menghafal beberapa lagu berserta rentaknya sekali.
Sumber foto: IG Achey
"Saya sudah lama melihat bakat cilik ini sejak dia berduet bersama Khai Bahar, namun hasrat untuk menyanyi bersama dia sering terhalang kerana kuota nyanyiannya selalu penuh.
"Saya kagum dengan kebolehan yang dimiliki kanak-kanak itu dan berharap supaya kebijaksanaannya menghafal digunakan sebaik-baiknya," katanya kepada BH Online.
Sumber video: Youtube Shamm Am
Achey juga akui dirinya memang aktif menggunakan aplikasi smule yang dijadikannya sebagai medium untuk mengasah bakat terpendam.
Wah, hebat juga suara Achey ni. Bolehlah cuba intai peluang dalan industri nyanyian pula. Adik comel itupun tak kurang hebatnya. Mana tahu tak lama lagi dia dijejaki agensi pencari bakat pula selepas ini. - CARI |