Penyanyi dan pelakon hebat Malaysia, Ayda Jebat meminta maaf disebabkan gurauannya telah menyebabkan hati beberapa pihak terguris.
Ayda menjelaskan yang tindakannya memuat naik wajah Sharnaaz Ahmad berlatar belakangkan lagu Selamanya Cinta dendangan Shila Amzah bukanlah berniat untuk menyindir mana-mana pihak.'
Sumber Foto: Forumer kps16
"Lagu itu ada dalam streaming muzik saya dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar dan memuat naik di ‘Instastory’ dalam Instagram," jelasnya pada mStar Online.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menambah yang sebagai seorang anak seni, dia sentiasa menyokong karya-karya artis tempatan dan benar-benar tidak berniat untuk menaikkan kemarahan Shila Amzah atau membuatkannya tersinggung.
Ayda menjelaskan salah faham kononnya dia menyindir secara sengaja kisah cinta penyanyi wanita itu dengan Sharnaaz Ahmad.
Sumber Foto: Forumer kps16
"Saya faham dia kata ini kali kedua saya buat begitu, pertama itu adalah dalam babak drama Awak Sangat Nakal, saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi dalam babak itu."
Menurut Ayda lagi, dia kesal kerana Shila menganggap perkara itu terlalu serius dan pihak Shila juga ada menghubunyi Ayda semata-mata untuk memintanya memadam video berkenaan.
Sumber Foto: IG Ayda Jebat
Sumber Foto: IG Shahilaamzah
Alahai, kisah lama pula nak diungkit. Apa-apa pun baguslah kalau dah meminta maaf. Industri hiburan Malaysia ni kecil sahaja, tak eloklah bermasam muka sesama artis. -CARI |