Susulan kes penemuan alas kakai yang mengandungi cebisan ayat al-Quran, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyeru orang ramai yang terbeli alas kaki berkenaan untuk menghantarnya ke pejabat JAIM untuk tujuan pelupusan.
Sumber foto: Harian Metro
Menurut Harian Metro, Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani menjelaskan betapa pentingnya supaya orang ramai menghantar alas kaki yang dibeli ke pejabat agama untuk dilupuskan.
"Isu ini sudah selesai namun kita mahu orang ramai hantar alas kaki yang dibeli ke pejabat agama untuk kita lupuskan.
"Malah saya alu-alukan pemilik pasar raya terbabit menghentikan jualan dan memberi peluang kepada pelanggan memulangkan alas kaki terbabit dan ditukar kepada barangan lain, namun kita mahu alas kaki itu diserahkan kepada pejabat agama Islam," katanya kepada Harian Metro. - CARI |