Sumber Foto: Harian Metro
Memang sah khabar angin yang menyatakan Rihanna dan Drake bercinta apabila mereka berdua telah menolak untuk bekerjasama dalam konsert F1 Grand Prix di Abu Dhabi, baru-baru ini.
Pasangan ini sepatutnya berkolaborasi untuk menyanyikan lagu Work dan Take Care namun perkara itu tidak terjadi disebabkan sudah berpisah.
Menurut laporan The Mirror, meskipun sudah menerima bayaran RM1.1 juta, Drake tidak muncul sewaktu konsert dan lebih mengeruhkan keadaan apabila Drake memuat naik gambar dia berada di Abu Dhabi pada hari berkenaan.
Sikapnya yang tidak profesional telah mengundang kemarahan peminatnya yang menunggunya sehingga jam 5 pagi.
Sumber mendedahkan berlaku pertengkaran di antara pengurusan Drake dan penganjur apabila penyanyi itu tidak muncul dalam konsert itu.
Foto: GQ.com
Ada juga yang mendakwa penyanyi yang popular dengan lagu Hotline Bling itu berdepan masalah keselamatan apabila lokasi konsert dibanjiri penonton yang terlalu ramai.
Rihanna dan Drake dipercayai memutuskan hubungan kerana jarang dapat menghabiskan masa bersama berikutan sibuk dengan karier masing-masing.
Disebabkan masalah peribadi, peminat pula jadi mangsa tertunggu-tunggu mahu melihat bintang kesayangan mereka beraksi. Kesian! -CARI |