View: 1497|Reply: 2
|
Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa Meninggal Dunia Pada Usia 68 Tahun
[Copy link]
|
|
Tamil Nadu kehilangan ketua menterinya, Jayalalithaa Jayaram yang menghembuskan nafas terakhirnya selepas sekian lama dirawat di hospital.
"Dengan kesedihan tidak terperi, kami mengumumkan bahawa yang amat berhormat ketua menteri Tamil Nadu meninggal dunia pada jam 11.30 malam (waktu tempatan) hari ini (5 Disember)," kata kenyataan Hospital Apollo di Chennai.
Memetik laporan BH Online, satu lagi laporan berkata, Jayalalithaa meninggal dunia selepas menjalani pembedahan susulan serangan jantung yang dialaminya pada malam Ahad lalu.
Sepasukan doktor merawat bekas bintang filem berusia 68 tahun itu yang menerima status dan dipuja seperti seorang Tuhan di Tamil Nadu.
Kerajaan Tamil Nadu mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula hari ini.
Mayat Jayalalithaa akan diletakkan di Dewan Umum di Chennai bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Tarikh dan masa untuk pengebumiannya masih belum diumumkan apabila kerajaan negeri dikatakan memerlukan lebih masa untuk membuat persiapan dari segi urusan keselamatan apabila ratusan ribu dijangka akan menghadiri upacara berkenaan.
Jayalalithaa,68, merupakan salah seorang ahli politik India yang paling berpengaruh dan pernah enam kali menjadi ketua menteri Tamil Nadu.- CARI
sumber foto: http://www.kosmo.com.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini buka artis ke dulu ni? Set set MGR?. |
|
|
|
|
|
|
| |
|