Gambar seorang pemandu kereta membuang sampah di jalan raya, viral di media sosial cetus kemarahan netizen. Gambar yang dimuat naik oleh You Ting Tan itu semalam, telah dikongsi 8,652 kali.
“Anak muda ini buang beg plastik yang penuh dengan sampah keluar tingkap dan minum habis air botolnya sebelum dibuang keluar. Sungguh tak percaya,” katanya. Difahamkan, kereta Perodua Alza tersebut didaftarkan di bawah sebuah syarikat, AM General Insuran Berhad.
Inilah mentaliti segelintir masyarakat kita. Belajar tinggi-tinggi tetapi bila berdepan dengan isu kebersihan, memang gagal 100%. Justeru, netizen meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Perodua Alza berkenaan, berdasarkan gambar bukti yang telah viral di media sosial ini. Orang ramai dilarang sama sekali membuang sampah merata-rata dan dinasihatkan menyediakan plastik/tong sampah kecil di dalam kenderaan masing-masing
Sumber : The Reporter
|