CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4693|Reply: 29

Membanggakan, Kilang Lombong Batu Kapur Termoden Di Asia Dibuka Di Perak

[Copy link]
Post time 8-12-2016 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Foto: Utusan Online


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir merasmikan pembukaan sebuah kilang perlombongan dan pengilangan batu kapur termoden di Asia yang mula beroperasi sepenuhnya di Batu 3, Temoh di sini hari ini milik Lhoist Group (Lhoist), syarikat berpangkalan di Belgium.


Beroperasi secara automatik sepenuhnya, kilang ini dibuka di kawasan seluas 34 hektar yang fungsinya bukan sahaja untuk perlombongan batu kapur dan pengilangan kapur, malah untuk memproses penyediaan batu.


Memetik laporan Utusan Online, kilang tersebut mematuhi standard kualiti alam sekitar dan berkeupayaan memecah serta mengimbas pengkalsinan batu kapur, penapisan, pembungkusan serta melakukan kerja-kerja pemunggahan.

Ia bakal menjadi hab Lhoist di Asia bagi mengemudi operasi perniagaan sedia ada di rantau ini dengan anggaran penghasilan 400 kilo tan kapur dan 1.5 juta batu kapur setiap tahun. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 01:12 PM | Show all posts
Bangga lah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 02:11 PM | Show all posts
ok................
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni
Kalau syarikat tempatan takpa gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bangga dgn kerosakan alam sekitar dan kehancuran gunung2 batu kapor yg xde galang ganti tu???

silalah mamposss
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 02:52 PM | Show all posts
Bermakna bukit batu kapur pun akan ditarah untuk membekalkan bahan mentah kepada kilang ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa juta ringgit ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tlg la ... Xde ape yg nak dibanggakan. Zambry ni abis ditarah segala bukit kt ipoh ni.:. Rizal pandangan. Xpike penempatan yg da kt situ. Bedebu, bejerebu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 12:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 12:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 04:18 AM | Show all posts
bagus laa........ kalau tak, mmg sendu habis ipoh nie
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 07:39 AM | Show all posts
aihz dah lama dah kena tarah.... tgk sepanjang highway dari gopeng ke ipoh... dulu byk bukit batu kapur... lps satu... satu hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 07:58 AM | Show all posts
insulin replied at 8-12-2016 02:52 PM
Bermakna bukit batu kapur pun akan ditarah untuk membekalkan bahan mentah kepada kilang ini? :laugh3 ...

disamping membekalkan bahan mentah, mereka juga akan membekalkan jerebu, debu, habuk yang akan mendatangkan penyakit serta ketidakselesaan kpd penduduk...rasanya sebelum ni pun dah ditarah..nak rata bukit tu makan masa berpuluh tahun..
tepi lebuhraya ni..

tgk la kilang simen kat padang rengas,sama juga..debu,habuk...pekerjanya nanti bangla ke mynmar ke nepal..

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:33 AM | Show all posts
ronapink replied at 9-12-2016 07:58 AM
disamping membekalkan bahan mentah, mereka juga akan membekalkan jerebu, debu, habuk yang akan men ...

Kasihan kepada penduduk sekitar kawasan perlombongan batu kapur ni.

Kerajaan negeri dan tokey kilang untung, penduduk pula yang sengsara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:24 AM | Show all posts
insulin replied at 9-12-2016 08:33 AM
Kasihan kepada penduduk sekitar kawasan perlombongan batu kapur ni.

Kerajaan negeri dan toke ...

rumah berhabuk, berdebu..pas2 dapt penyakit la, gatal2 ..paru2

kalau dapat kat kerajaan negeri,ok juga..dapat balik ke rakyat..kalau masuk poket individu tertentu,kaya dia je la
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:24 AM | Show all posts
makin abisla bukit2 batu kapur kt ipoh kena tarah satu demi satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 09:25 AM | Show all posts
Ini bagus punya kilang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:26 AM | Show all posts
ronapink replied at 9-12-2016 07:58 AM
disamping membekalkan bahan mentah, mereka juga akan membekalkan jerebu, debu, habuk yang akan men ...

"kilang tersebut mematuhi standard kualiti alam sekitar"


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:28 AM | Show all posts
ronapink replied at 9-12-2016 09:24 AM
rumah berhabuk, berdebu..pas2 dapt penyakit la, gatal2 ..paru2

kalau dapat kat kerajaan negeri, ...

Kan... Harap2 kerajaan negeri pun boleh dapat pulangan yang munasabah hasil dari pembukaan kilang2 macam ni. Kalau x, baik jangan benarkan kilang2 macam ni beroperasi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:29 AM | Show all posts
Lagi bagus dari kilang murahan macam perabot atau sarung tangan yang bergantung pada buruh asing
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040845 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list