"Biar saya seorang sahaja yang keluar untuk mencari duit untuk keluarga."
Itu kata-kata penyanyi dan pelakon Alif Satar yang meminta isterinya, Shadila Halid, 32, untuk berhenti kerja supaya dapat memberikan seluruh tumpuan kepada keluarga.
Menurut Astro Gempak, Muhammad Alif Mohd Satar, 26, mengakui bahawa isterinya kini tidak lagi bekerja sebagai pengurus jenama sebuah syarikat telekomunikasi. Jadi, masanya kini lebih banyak diluangkan bersama anak selain mengurus semua keperluan keluarga.
"Saya juga merupakan seorang lelaki normal, jadi kalau boleh sebaik pulang ke rumah ada isteri yang menunggu dan menghidangkan makanan di atas meja setelah seharian penat bekerja.
"Saya minta dia agar berhenti kerja dan beri perhatian sepenuhnya kepada keluarga sahaja. Lagipun tahun depan kami akan mendapatkan anak kedua, jadi lebih baik dia yang menguruskan segalanya," jelas Alif kepada Astro Gempak.
Sumber foto: IG Alif Satar
Kalau suami mampu sara keluarga tanpa bantuan kewangan daripada isteri, tak mengapalah isteri menurut permintaan suami. Namun, ia tak bermakna wanita berkerjaya tak boleh beri tumpuan lebih kepada keluarga. Apa yang penting ialah bagaimana caranya membahagi masa untuk keluarga. - CARI |