Sebelum ini pelakon, Nazim Othman memuat naik gambar berserta kapsyen melahirkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk sembuh dari penyakit tumor dalam kepala yang dihidapinya suatu ketika dahulu.
Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagramnya, Nazim memuat naik sebuah video yang mendedahkan proses pembedahan yang dijalankan di bahagian kepalanya pada Mac tahun lalu.
Video itu dimuat naik berserta kenyataan yang menggambarkan perasaannya selepas berjaya mengharungi pembedahan berkenaan.
“Selepas berjaya mengharungi pembedahan di bahagian kepala tahun lalu, saya menjadi insan yang lebih kuat.
“Kita memang tak boleh elak cabaran dan ujian dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, saya kini adalah insan yang lebih kuat daripada dahulu.
“Bila kita fahami bahawa semua yang berlaku adalah bersifat sementara, kita akan lebih tenang dan kuat menghadapi segala rintangan mendatang,” tulisnya.
Video itu mendapat jumlah tontonan lebih 160,000 dan hampir 600 komen pada masa artikel ini ditulis.
Dalam masa sama, perkongsian video itu mendapat perhatian netizen yang memenuhi ruangan komen dengan ucapan kesyukuran kerana Nazim selamat dan diberi kesempatan untuk pulih sihat.
Sumber foto: IG Nazim Othman
Seriau menonton video pembedahan itu. Semoga Nazim terus diberi kesihatan yang baik selain bertambah maju dalam dunia perfileman. - CARI |