Wah, tahniah kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin kerana semalam genap tiga tahun pasangan sensasi penuh kontroversi itu mendirikan rumah tangga.
Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, Che Ta dan Zain melakukan sesi fotografi di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
"Rasa macam baharu semalam kami melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, saya mendoakan semoga kebahagiaan ini akan berpanjangan," kata Rozita kepada Berita Harian.
Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui dia masih belum sedia untuk hamil lagi selepas melahirkan Aaisyah.
"Jika diikutkan, selepas melahirkan Aaisyah, saya diminta hamil lagi. Zain hendak seorang lagi anak yang akan meneruskan legasi keluarga kami. Tapi, jujurnya, saya belum terfikir ke arah itu," katanya.
Menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Che Ta, aksi pasangan itu kelihatan ‘sweet’ sahaja seperti pasangan baru berkahwin sahaja lagaknya.
Sumber foto: IG Rozita Che Wan
Semoga kedua pasangan itu terus bahagia dan berjaya dalam apa jua yang diusahakan. - CARI |