Seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Lee Su Jin menjadi terkenal sekelip mata apabila gambar 'selfie'nya viral di media sosial.
Apa yang menarik, wanita yang berasal dari Korea Selatan ini menjadi perhatian kerana umur sebenarnya sudah mencecah 47 tahun!
Sekali pandang, memang kelihatan macam pelajar kolej dengan rupa paras yang cantik dan kelihatan muda.
Foto: IG Sjeuro
Sebelum ini dia hanya dilihat sebgai seorang gadis Korea biasa sehinggalah dia mendedahkan yang dirinya lahir pada tahun 1969 dan sudah menjadi doktor gigi selama 16 tahun.
Malah Su Jin juga pernah muncul dalam rancangan televisyen Korea ‘Same Bed, Different Dream’ bersama anak perempuannya.
Foto: IG Sjeuro
Menurut anaknya juga, ibunya itu memang mempunyai masalah ketagihan ber'selfie' dan akan memuat naik gambar di Instagram setiap hari.
Ada sesetengah berpendapat yang wajah Su Jin adalah hasil dari pembedahan plastik namun ada juga yang meyangkalnya kerana hasilnya pasti tidak begitu baik untuk wanita berumur seperti dia.
Tengok sendiri gambar-gambarnmya, bukan sahaja mempunyai raut wajah comel malah badannya juga seperti anak dara.
Foto: IG Sjeuro
Wah, cemburu rasanya melihat wanita awet muda seperti ini. Agak-agaknya apa rahsia dan petua yang diamalkannya ya? -CARI
Memang dia buat plastik sugeri ni. Walaupun orang korea ni kebanyakkan buat plastik surgeri tapi aku suka tengok makeup terutama artis2 korea ni..very natural macam tak pakai makeup pun iye..sweet je..takde la nak pakai bulu mata pelesu dan bedak berkati2 berkilo tan bagai..simple but nice je makeup dorang...nampak clean dan kemas..
hakak2 tudung paridah kalau pepagi mulut mengunyah burger McD sambil gosip kekejaman Basyar Al Asaad dan tengahari pula makan nasi putih, ikan masak lemak, sayur tumis, ikan masin dan sambal belacan dibilas pulak dengan air sirap ais manis dan petang pulak makan kopok jajan sambil berbual dengan rakan sekerja kisah2 drama Melayu terkini dan malam pula makan nasi putih, lauk ayam goreng, sayur campur, sambal belacan mesti kena ada dibilas dengan air sejuk, tengah malam sikit makan mee goreng usahlah berbicara pasal pembedahan plastik make up bagai....ko bogel depan cermin pastu ko renunglah dalam2