View: 949|Reply: 0
|
Hampir 2,000 Pelajar Dikesan Terlibat Dadah Dalam Tahun Ini
[Copy link]
|
|
Sepanjang tahun ini seramai 1,728 pelajar sekolah di seluruh negara yang membabitkan 1,716 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan dikesan terlibat dalam kegiatan mencuba dadah.
Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon memaklumkan pendedahan tersebut diperolehi berdasarkan siasatan hasil ujian urin oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Murid-murid yang dikesan terlibat mencuba dadah itu telah melalui sesi kaunseling dan program intervensi dengan kerjasama pihak AADK.”
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Senator Datuk Prof Dr Sim Kui Hian yang ingin tahu statistik tentang isu dan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar serta inisiatif yang dilaksanakan.
Menjelaskan perkara itu Sin Woon berkata, kementeriannya sehingga hari ini telah melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di semua sekolah seluruh negara.
Program PPDa dilaksanakan menerusi empat strategi yang melibatkan bidang Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan sahsiah, tambahnya.- CARI
sumber foto: http://www.ismaweb.net/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|