View: 3250|Reply: 7
|
Balutkan Kaki Dengan Kobis Mampu Pulihkan Masalah Kaki Bengkak?
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MAMS at 27-12-2016 06:07 PM
Siapa yang tahan dengan situasi bila kaki menjadi bengkak? Selalu terjadi bila terlalu duduk lama dalam perjalanan panjang, berdiri terlalu lama atau pun wanita mengandung.
Harus diingat ia juga merupakan simptom kepada penyakit seperti demam, darah tinggi dan sebagainya. Jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mengelakkan masalah berlarutan.
Namun, sebelum itu anda boleh mencuba beberapa cara mudah untuk mengatasi masalah bengkak kaki ini. Yang penting ia bersifat semula jadi dan tak perlukan ubat-ubatan. Lebih selamat dan juga berkesan.
1. Garam Epsom
Anda boleh mendapatkan garam Epsom di kedai organik dengan harga RM20 hingga RM30 untuk satu kilogram. Rendamkan kaki anda dalam bekas berisi air hangat dengan garam Epsom ini. Masukkan beberapa cawan kecil garam ini ke dalam rendaman tersebut dan biarkan kaki anda dalam air tersebut selama 20 minit.
Garam Epsom ini membantu meredakan bengkak kaki dan juga melancarkan peredaran darah, memetik laman Active Beat. Selain itu, ia membantu menyingkirkan bau kaki dan juga kulit kering.
2. Ais
Ia merupakan cara klasik untuk meredakan bengkak pada kaki dan juga kesakitan. Bungkus ais dalam tuala lembap, kemudian tuamkan pada bahagian kaki yang bengkak, memetik laman Let How.
3. Balutan kobis
Cara ini dikatakan sangat popular di Barat dan juga berkesan pastinya. Balutkan kaki anda dengan daun kobis hijau atau kobis putih yang telah disejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk.
Biarkan ia membaluti kaki anda sehingga 30 minit. Kobis memabntu mengeluarkan lebihan cecair dan juga melegakan kesakitan pada kaki, memetik laman Let How. - CARI
Foto: Carian google |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nak cuba lah yg kobis tu. cam best. Lepas buh kat kaki silap2 ade orang ambik buat masak lemak pulak. haruuu |
|
|
|
|
|
|
|
Yezza! Memang betul. Malah kobis sangat bagus utk merawat tetek yg bengkak semasa lepas bersalin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menarik la kobis tu..x penah try pun..
Tp yg salt n ice tu iols slalu je buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam menarik je kobis tu, tp selesa ke pakai mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
gambar kobis tu bukan main kelakar... |
|
|
|
|
|
|
|
ya,letak kobis kat payudara membantu kurangkan bengkak susu ni.. kadang2 susu banyak tapi baby taknak minum/terlebih kenyang, so boleh ambil beberapa keping kobis,letak kat payudara pastu pakai bra macam biasa...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|