Ekoran banjir besar melanda di Congo, barat daya Afrika, ia mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang terkorban dan ribuan lagi penduduk kehilangan tempat tinggal.
Memetik laporan The Guardian, gabenor wilayah itu, Jacques Mbadu berkata, hujan lebat menyebabkan Sungai Kalamu mengalir melalui bandar Boma ke dalam Sungai Congo dan melimpah selama dua jam.
“Air kemudiannya surut dan menghanyutkan mangsa merentasi sehingga sempadan Angola."
Dilaporkan banjir turut melanda beberapa bahagian di bandar pelabuhan Atlantik, Republik Demokratik Congo (DRC) menyebabkan ia diliputi lumpur sehingga semeter.
Difahamkan usaha mencari mangsa sedang dilakukan dengan menggali keluar mayat yang kemungkinan tertimbus.- CARI