View: 2251|Reply: 4
|
Muat Naik Gambar Pekerja Asing Di FB, Tindakan PM Singapura Menyentuh Hati Netiz
[Copy link]
|
|
Selepas memuat naik di Facebook sebuah gambar yang menunjukkan seorang pekerja asing duduk berseorangan sambil berbual melalui telefon,Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima pujian ramai.
Memetik laporan FMT, dalam kirimannya, Lee mengajak rakyat Singapura memberi penghargaan terhadap pekerja asing yang terpaksa berjauhan dari keluarga mereka.
“Ketika kita bergembira bersama sahabat dan keluarga, ingatlah akan pekerja asing yang meninggalkan keluarga mereka untuk mencari rezeki di negara asing.”
“Mereka membanting tulang demi orang yang mereka kasihi, tetapi sekurang-kurangnya dengan Internet dan telefon bimbit, mereka dapat berhubungan.”
Kiriman itu mencerminkan rasa prihatin beliau terhadap golongan pekerja asing di Singapura, mengundang ratusan komen balas termasuk daripada pekerja asing.
Sehingga Jun 2016, Singapura mempunyai seramai 1.4 juta pekerja asing, termasuk lebih 230,000 yang bekerja sebagai pembantu rumah.
“Terima kasih PM atas rasa prihatin untuk pekerja asing. Sayang sudah 10 tahun bekerja di sini,” The Straits Times memetik seorang jururawat asing dari Myanmar, Nyo Nyo Lwin, yang bekerja di Hospital Ren Ci, menulis di Facebook milik Lee.
Seorang warga Bangladesh turut gembira dengan kiriman Lee.
“Terima kasih tuan. Saya antara golongan itu di sini,” tulis Uddin Jasim.- CARI
sumber foto: Grafik CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
pemimpin msia sejak zaman madey lagi prihatin kat buruh asing
siap bagi ic segera lagi kat depa so that they wont miss their country so much |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 5-1-2017 10:48 PM
pemimpin msia sejak zaman madey lagi prihatin kat buruh asing
siap bagi ic segera lagi kat depa so ...
hahaha, win |
|
|
|
|
|
|
|
PM negara orang Vs PM negara kita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|