Teringin pula makan nasi dalam dulang macam dulu-dulu? Jangan tak tahu di Kuala Lumpur ada restoran yang menghidangkan nasi dalam dulang.
Bukan itu sahaja setiap set makanan yang dihidangkan diinspirasikan daripada nama-nama cerita P.Ramlee seperti Isketambola, Kasim Selamat, Pak Belalang, Bujang Lapok dan sebagainya.
Ternyata hidangan dan menu di Restoran Kukus Stim Habis yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail ini sangat unik dan meriah!
Yang paling laku keras ialah nasi lemak kukus, nasi minyak, nasi kukus, nasi kerabu dan sebagainya.
Harga yang ditawarkan pula agak berpatutan dengan makanan yang bukan sahaja lazat, malah porsi yang sangat banyak.
Misalnya set ekonomi untuk nasi lemak kukus dijual pada harga RM6.90, nasi dagang ganu pula RM10.90, nasi kerabu tulen RM18.90 dan sebagainya.
Dibuka seawal 7 pagi dan sehinggalah 10 malam. Jika anda memasuki laman Facebooknya, memang penuh dan meriah dengan gambar makanan yang dihantar oleh pengunjung yang datang ke sini. Kesimpulannya, memang 'stim habis' sesuai dengan tagline restoran ini! - CARI
Alamat :
26 Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), 60000 Kuala Lumpur
No Tel :
03-7731 3559
|