View: 1837|Reply: 5
|
Anjung Rumah Panjang Runtuh, 20 Pelancong Cedera
[Copy link]
|
|
Kira-kira 100 pelancong warga tempatan mengalami situasi cemas apabila anjung di Rumah Panjang Kampung Annah Rais, Kuching runtuh, semalam.
Dalam kejadian 3 petang itu, anjung rumah yang diperbuat daripada buluh itu tiba-tiba runtuh mengakibatkan 20 individu mengalami kecederaan ringan.
Memetik laporan Harian Metro, perkara itu disahkan isteri ketua kaum rumah panjang, Juria Jayog.
Menurut Juria, anjung setinggi lima meter itu berada di bahagian belakang satu daripada rumah panjang berkenaan.
“Ketika kejadian, kebanyakan pelancong sedang mengambil gambar sebelum anjung berkenaan tiba-tiba runtuh mengakibatkan mereka terjatuh.”- CARI
sumber foto: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
biasa bwh rumah panjang ada oink.. oink...
nasiblah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by OmJualGas at 6-1-2017 03:45 PM
abis la. awal tahun lagi ni. tanda-tanda tu tauuu... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib lah takda sape yg tertusuk |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok lantainya pun cam tak kuat macam mana le boleh bagi ramai2 naik situ |
|
|
|
|
|
|
| |
|