|
Disyaki bertindak belasah orang untuk lepas geram, setelah gagal menjumpai 'wanita Vietnam', seorang penjaja mee maut dipukul dengan kejam oleh tiga orang individu.
Menurut laporan Oriental Daily News, Li, penjaja berbangsa Cina sedang bersiap sedia untuk membuka gerai bersama bapanya, ketika itu tiga orang individu bersenjatakan batang besi dan kayu tiba-tiba muncul sambil bertindak untuk serbu masuk rumah Li.
Li dan bapanya bukan sahaja gagal menghalang, malah dibelasah teruk oleh tiga individu berkenaan.
Anak Li yang berumur 15 tahun berkata, ketika itu suspek masuk ke dalam rumah tanya sama ada terdapat seorang wanita Vietnam yang tinggal di situ. Tetapi, pada masa itu hanya terdapat tiga orang di dalam rumah iaitu dia, bapa dan datuknya.
"Datuk ditumbuk pada bahagian dada dan jatuh atas lantai di ruang tamu sehingga tidak dapat bangun semula berikutan enggan biarkan mereka masuk. Saya terdengar bunyi bising di depan rumah, kelihatan ayah terbaring atas kerusi dengan bermuka pucat apabila keluar meninjau, setelah bertanya barulah sedar bahagian kepala ayah cedera."
Kemudian, datuk dan ayahnya dihantar ke hospital hasil bantuan pakcik dan makcik. Selepas itu, laporan polis dibuat di balai polis berdekatan, ujar mangsa lagi.
Walau bagaimanapun, Li gagal diselamatkan akibat cedera parah. Manakala, datuknya yang berusia 85 tahun, walaupun mengalami cedera pada bahagian dada, namun keadaan masih boleh dikatakan stabil.
Ketua polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, ketiga-tiga suspek telah pun berjaya ditahan, dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (pembunuhan).- CARI
sumber foto: Oriental Daily News
sumber foto: Oriental Daily News
|
|