Aksi di atas ranjang tak cukup 'panas'? Jangan risau, ada banyak kaedah semula jadi boleh anda amalkan untuk merangsang kemampuan seksual. Semuanya bermula dari pemakanan. Daripada mengamalkan pengambilan ubatan yang ditentukan doktor, apa kata anda cuba amalkan mengambil rempah semula jadi yang terjamin selamat dari sebarang kesan sampingan berbahaya?
Berikut adalah adalah antara minuman daripada bahan semula jadi yang bakal menjadikan anda lebih 'nakal' dan membuatkan adegan ranjang makin 'panas'! Minuman apa? Jom tengok!
1. Air bawang putih
Sumber foto: The Chart - CNN.com
Minum air rebusan bawang putih setiap pagi selepas bangun tidur. Selain bermanfaat meningkatkan sistem pertahanan tubuh, minuman ini juga mampu melancarkan aliran darah ke alat kelamin yang merangsang kemampuan seksual.
2. Air Halia
Sumber foto: http://www.infusionesmedicinales.com
Air rebusan halia bukan sahaja berfungsi menghangatkan tubuh, namun ia juga baik untuk melancarkan peredaran darah. Minumlah setiap kali anda akan melakukan hubungan intim.
3. Jus pisang
Sumber foto: Live on India
Pisang mengandung zat potasium yang akan meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh, termasuk ke alat kelamin.
4. Coklat Panas
Sumber foto: The Raw and The Cooked
Selain memiliki rasa enak, minuman coklat panas mampu membangkitkan 'mood' dan mengurangkan stres serta meningkatkan keinginan seksual.
Apabila anda sedang berkeinginan untuk melakukan aksi panas malam ini, jangan lupa untuk meminum minuman di atas. - CARI |