Jika sebelum ini netizen menghencap vokal Nora, apa pula kata mereka apabila Nora hanya mahukan majlis akad nikah secara kecil-kecilan sahaja, malah dia juga tidak mahukan wang hantaran.
Sumber foto: BH Online
"Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja," katanya kepada BH Online.
Menurut BH Online, Nora Danish, 34, hanya mahu bersederhana dalam merancang majlis perkahwinannya bersama pasangan pilihan, Nedim Nazri.
Sumber foto: IG Nora Danish
"Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti.
"Siapa yang tidak mahu berkahwin? Diri sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin," katanya.
Kenapa ya, Nora tak mahukan wang hantaran? Walau apapun, semoga semua urusannya dipermudahkan dan berjalan lancar. - CARI |