CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2061|Reply: 19

Pertikai Faiz Subri Tak Pandai 'Speaking', Netizen Tempelak Penulis Portal

[Copy link]
Post time 11-1-2017 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Nampaknya kemenangan dan juga ucapan Mohd Faiz Subri baru-baru ini ketika menerima Anugerah Puskas di Zurich telah menimbulkan banyak polemik.


Bukan sahaja ada di kalangan netizen yang mengkritiknya kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, malah sehinggakan penulis sebuah portal turut mempersoalkan hal tersebut.






Bukannya mahu melihat dari aspek positif, sebaliknya seakan seronok mempersoalkan kelemahan seseorang itu.  
Melihatkan situasi tersebut, seorang netizen bernama Joe Najib menerusi laman Facebook menempelak tindakan penulis portal tersebut.


Katanya, dia rasa bertanggungjawab untuk bercakap mengenai isu tersebut bila membaca tulisan penulis portal berkenaan.


"Sesetengah nama besar dari Malaysia yang berjaya di peringkat global pun tidak mempunyai kemahiran berbahasa yang mantap.

"Malah legenda Datuk Lee Chong Wei turut tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dengan begitu fasih. 'Cukup makan' kita cakap.

"Namun tiada siapa yang mengkritik beliau. Kenapa?

" Kerana dia membiarkan kemenangan dan pencapaiannya yang 'bercakap'.."





Itulah antara kata-kata luahan netizen ini. Dia mempertikai penulis portal berkenaan yang kononnya terlalu pandai berbahasa Inggeris, apa yang dia dapat selain gaji bulanan dan membuat artikel sampah seperti itu?


"Apa sumbangan anda kepada negara dan membuatkan Malaysia berbangga dengan anda?" netizen ini mengakhiri luahannya.






Ternyata perkongsian sebegini membuatkan ramai di kalangan mereka yang lain bangkit menyatakan rasa bangga dan juga menyokong pencapaian luar biasa Faiz Subri.


Ayuh sebarkan semangat positif dan singkirkan segala pemikiran dan juga kata-kata negatif. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 03:58 PM | Show all posts
Malaysiakini tuh memang sampah! Dah lama dah tak baca portal tuh.
Tak perlu bagi minda ni bagi santapan sampah.
Salam jari tengah ke Malaysiakini.
Up yours!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semak. Sibuk membelek kesalahan org sampai pencapaian org sikit pun x nampak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:04 PM | Show all posts
haha..mcm2 la depa ni...proud sangat ke bole ckp english...org putih tak penah proud atau teringin utk ckap bahasa kita.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2017 masih lagi ketinggalan zaman. Penyakit dengki tu jangan diikutkan sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:14 PM | Show all posts
Pe la yang sibuk sgt nih... Mat Saleh xcomplain pun si faiz ni xpandai ckp bahasa drg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2017 05:14 PM | Show all posts
Lebih baik perbaiki diri sendiri dari memperkatakan kelemahan orang lain sekurang-kurangnya orang yang dia perkatakan tu dah pun meraih kemenangan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:17 PM | Show all posts
i feel very  super intelligent  when i am talking english.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 05:27 PM | Show all posts
harap terence ni bungkuih kepala dia dgn tudung cap ND...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:28 PM | Show all posts
pebende laa..dapat duit agaknya suka cari kesalahan org ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:29 PM | Show all posts
apatah mslh org malaysia..bangga sgt dgn org blh ckp english..ntah pape ntah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 06:26 PM | Show all posts
Sekurang2nya Faiz dapat pengiktirafan dunia ok!Mcm takde keje lain cari salah orang
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 11-1-2017 08:14 PM

Dia ingat orng yg cari mh370 semuanya berlajar sains dan matematik dalam bahasa melayu ka...sebab tu mh370 tak jumpa2...woi! depa tu ore yg speaking english tau tak!!!! :
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 11:04 PM | Show all posts
erm...dah agak mesti ada yg kondem isu ni. yg dok komen negatif tu, korg tak kaji org2 lain yang berjaya ke? owh lupa... mana ada masa nak kaji, sbb masa korg habis nak mencari kesalahan dan kekurangan org je. bengap.

maap..sy nak kasar sikit ni. eh mangkuk, cristiano ronaldo pun tak fasihla.
tak reti plak lulu nak add video di youtube. boleh bagi link je. https://www.youtube.com/watch?v=jG6S3snLC5U
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 08:51 AM | Show all posts
hahah kelakar baca komen last tu. "terima kasih mak, ayah, abang, adik, kakak2 cantik, yang cantik. yang tak cantik duduk diam!"hahah

oh ya .... You Terrence Netto tak hensem! Tolong diam!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 09:00 AM | Show all posts
napela asyik nak cari salah n kelemahan org. mula2 undi, dh menang kutuk plak...sedihhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 09:42 AM | Show all posts
camana rupa terrence netto tu??? meh kita cerca.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 10:14 AM | Show all posts
saje share
terjumpa video tentang sepakan faiz dengan hukum fizik ni...
https://www.youtube.com/watch?v=GYS-U7rsgpI&feature=share
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:07 AM | Show all posts
kecohlah .. Cristiano Ronaldo tu tinggal kat England for 5 years punmasih x berapa fasih sangat cakap English.. Messi x yah cakap mmg x pandai langsung.. Dah bukan their first language.
Atleast Faiz ni cuba lah jugak ckp English .. xyahlah nak take away his moment sbb benda kecik mcm ni.. Datuk Lee Chong Wei's English pun berterabur. xde pun org nak cakap just because dia x bagi speech kat atas stage mcm Faiz ni.. give him a break ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Faiz subri sweet!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.048765 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list