|
|
Berikutan tidak tahan mengalami muntah dan sakit perut selama sebulan, seorang gadis berasal dari Uttar Pradesh, India terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Tanpa disedari, hasil rawatan doktor terkejut mendapati di dalam perutnya tersembunyi kira-kira 150 ekor cacing parasit.
Menurut laporan Liberty Times net, ketika rawatan awal doktor mendapati, punca gadis berusia 22 tahun itu yang dikenali Begim bermasalah muntah dan sakit perut adalah disebabkan bahagian ususnya tersumbat.
sumber foto: Liberty Times net
Kemudian, doktor menjalankan pembedahan untuk membantu mengeluarkan cacing parasit daripada perut gadis tersebut.
Lebih mengejutkan, kesemua cacing yang hidup di dalam perutnya itu berukuran antara 20cm sehingga 25cm panjang dan apabila diletakkan dalam satu bekas ianya kelihatan seperti sepinggan pasta spaghetti!
Menurut doktor, biasanya dalam badan seseorang manusia hanya mampu 'menyembunyikan' setakat 3 hingga 4 ekor cacing parasit, dan selama ini dirinya tidak pernah menjumpai kes di mana badan manusia mampu 'menyimpan' begitu banyak cacing.- CARI
sumber foto: Liberty Times net |
|