View: 3423|Reply: 17
|
Berbasikal Untuk Tunai Umrah Di Mekah, Semangat Suami Isteri Ini Wajar Dicontohi
[Copy link]
|
|
KENTAL! Itulah ungkapan paling sesuai buat pasangan suami isteri ini apabila hanya mengayuh basikal untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah.
Impian besar Ahmad Mohd Isa, 27 tahun dan isterinya Noradilah Mohd Sapie, 28 tahun bakal menjadi kenyataan apabila hanya tinggal satu negara sahaja lagi untuk tiba ke destinasi selepas sembilan bulan mengembara.
Terdahulu, pasangan ini dilaporkan nekad mencabar keupayaan mereka melakukan ekspedisi berbasikal ‘Kembara Memburu Hikmah’ (KMH), dengan mengayuh basikal dari Malaysia ke Makkah sejauh 17,000 kilometer.
Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Kyrgystan. Kredit foto - BeritaMediaCorp
Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Khazakhstan. Kredit foto - BeritaMediaCorp
Memetik BeritaMediaCorp, mereka perlu melalui 13 buah negara lain dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan iaitu Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran, UAE, sebelum menjejakkan kaki ke Arab Saudi.
Dalam wawancara menerusi kiriman emel dengan BERITAMediacorp, pasangan itu memberitahu bahawa mereka kini sudah berada di Afghanistan, negara ke-11 daripada 12 negara yang perlu dilalui. Ini bermakna tinggal lagi 1 negara perlu direntasi sebelum tiba di Arab Saudi.
“Alhamdulillah, selama 27 hari kami di Uzbekistan iaitu dari 11 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017, sekarang kami sudahpun berada di Afghanistan. Insya Allah, mengikut perancangan kami, perjalanan seterusnya (mengikut urutan) adalah Iran, Amiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi,” kata mereka.
Selain melakukan misi kemanusiaan di setiap negara yang dijelajah, pasangan suami isteri itu turut membawa cabaran merekod data berkaitan sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat Islam.
Turut mengiringi misi KMH itu ialah Mohd Nur Aiman Mohd Zaid, 27 tahun, dan Amirul Ariff Abd Wahab, 28, yang bertindak sebagai kru penggambaran video.
Ketika di Nepal
Pasangan yang berasal dari Selangor ini dijangka menamatkan misi itu dan tiba di Masjidil Haram pada April 2017. Sama-sama kita doakan pasangan ini selamat sampai ke destinasi dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan sebaiknya. - CARI
Nota - Ahmad dan isterinya Noradilah wajar dijadikan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mereka telah membuktikan tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. MALAYSIA BOLEH!
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
relaks je 9 bulan naik basikal... duit mmg berkoyan dlm bank? |
|
|
|
|
|
|
|
harap ikhlas, bkn sbb nk cri publisiti |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya dia start berkayuh dari malaysia(selangor)...gigih betul....
bape kali tukar tayar basikal..?
aku nak berbasikal keliling taman pun lemau...
|
|
|
|
|
|
|
|
tobat aku respect bini dia tu. aku pun ntah larat ke tak nak berkayuh pusing satu negeri..dia 13 negara? |
|
|
|
|
|
|
|
wowww besttt.. moga trcapai cita2 amiinnn. lpas abis study ssuai la buat xtvt camni. klu dah kerja, xdpt la utang dah kliling pggang rsanya dorng ada dpt bntuan dana slain duit sndiri |
|
|
|
|
|
|
|
bagos lah. jimat duit. x kena tipu dek agen umrah lahanat |
|
|
|
|
|
|
|
nk komen jugak..bini dia main sauk je ek baju dgn tudung bunga2 kaler contrast
selamba pakai baju labuh mcm tu kayuh basikal. xpayah ketat2 pun sampai |
|
|
|
|
|
|
|
x silap aku tahun lepas kecoh ada orang indonesia jalan kaki gi mekah. dah sampai ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang kaya ke? Kalau xde komitmen senangla buat macam ni. Kalau makan gaji sapa nak bayar rumah kereta anak semua? |
|
|
|
|
|
|
|
Gila fit couple ni. Aku kayuh 20 minit keliling kawasan perumahan pun rasa victory dah |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatlah couple ni. I turun naik tangga opis 3 tingkat pon hampir nak gol |
|
|
|
|
|
|
|
alahai bagusnya.teringin mcmni..baru suarakan tahun ni kita backpackers jgn bawak barang banyak2 sorg satu bag je g travel bnyak tempat..menyengih laki aku.
siap perli 'yg cakap tu jgn lupa pesan kat diri sendiri.belum lagi . eh...sunblock kang hitam,eh serum rambut kng rosak,eh losyen kulit kering gatal,eh lipbalm bibir pucat segan org tgk,eh krim malam kang kulit penat,ber-eh2 tengok2 dah berbag2..lepastu sedih dilahirkan sebagai wanita lelaki tak faham katanya.'..terus sentap hati mak ni merajuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pakai duit epf ke haper muda2 dah tak keje lama tu. Alim ulamaks, sila beri ulasan... ooopss |
|
|
|
|
|
|
|
xde komitmen, xde halangan duit, boleh la... ak pun nak. dh tu kije mcmne, family mcmne? komitmen semua tu...
nak tak nak tgu je lah duit cukup g ngan agensi... hrp x kena tip ngn ajen udah lerrr.... cari yg btauliah. |
|
|
|
|
|
|
|
Masya Allah. Semoga Allah melindungi pasangan ini dan permudahkan urusan mereka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|