Sedap, tapi menggemukkan! Bukan itu sahaja, makanan bergoreng 'menternak' lemak dan KOLESTROL. Nak makan makanan bergoreng tapi rendah kandungan kolestrol? Ini caranya:
1. Minyak Panas
Sumber foto: FOOD 52
Adakah anda tahu minyak akan kurang diserap makanan yang digoreng dengan minyak panas? Pastikan minyak sudah betul-betul panas sebelum menggoreng makanan.
2. Minyak Bersih
Sumber foto: http://reneereardin.com
Ini adalah perkara paling asas! Minyak yang digunakan haruslah baru dan bersih, bukannya yang keruh dan sudah berwarna gelap. Lagi kerap minyak diguna, lebih banyak kolestrol terkandung di dalamnya.
3. Minyak Zaitun
Sumber foto: Carian Internet
Sebagai alternatif kepada minyak masak biasa, gantikan dengan minyak zaitun atau kelapa yang lebih sihat dan rendah kolestrol. Tak mengapalah harganya sedikit mahal daripada minyak masak biasa, yang penting kesihatan anda sekeluarga terjaga.
4. Buang Lebihan Minyak
Sumber foto: id.aliexpress.com
Keringkan minyak lebihan pada makanan menggunakan kertas minyak atau tisu.
Demikianlah sedikit sebanyak tip yang boleh anda amalkan bagi mengurangkan kadar kolestrol dalam makanan bergoreng kegemaran anda. Semoga bermanfaat. - CARI |