View: 1924|Reply: 9
|
Kegiatan Curi Barangan Pesakit Terbongkar Hasil Rakaman CCTV!
[Copy link]
|
|
Hasil tangkapan seorang daripada mereka, kegiatan tiga lelaki menjadikan hospital sebagai lokasi untuk melesapkan barangan pesakit terbongkar menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Dengan membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 55 tahun, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di Likas kira-kira jam 3.15 petang semalam.
Memetik laporan Berita Harian, modus operandi mereka adalah salah seorang suspek cuba menegur anak mangsa untuk mengalihkan perhatian mangsa yang sedang menunggu ubat.
Kemudian, seorang lagi suspek dengan pantas mengambil beg mangsa dari arah belakang yang diletakkan di sebelah kerusinya.
Antara barangan dalam beg terbabit termasuk telefon bimbit Samsung Note 5, pasport antarabangsa, buku akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB), beg tangan jenama Barry Smith dan wang tunai RM30.
Menyedari kehilangan begnya, mangsa meminta bantuan pihak hospital untuk melihat rakaman CCTV sekali gus membongkar kegiatan suspek yang kemudian melarikan diri menggunakan Proton Iriz berwarna hijau.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada jam 4.32 petang tadi.
"Hasil siasatan lanjut, seorang suspek berusia 32 tahun ditahan di Sulaman Sentral jam 4.35 petang tadi."
"olis juga masih giat mengesan dua lagi suspek dan siasatan juga mendapati kenderaan dinaiki mereka adalah kereta sewa."
Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.- CARI
sumber foto: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
gigih mencuri smpai spital tp dpt cash 30 rggt je..nk isi minyak pn sipi2 jah dpt |
|
|
|
|
|
|
|
hauk kelabu asapnya cctv.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi polis pakai mata 4 kut,nampak n kenal penjenayah tu |
|
|
|
|
|
|
|
mohon tangkap dengan segera |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mencuri itu makan babikah? |
|
|
|
|
|
|
|
tak hebat lah curik kecik2
curik sikit2 kene tangkap
curik la banyak2 macam seseorang tuh.....idola hati ku *muntah*
tengok sampai skrng x kene tangkap...malah di kagumi lagikkk...*muntah hijo* |
|
|
|
|
|
|
|
dia naik motor....leh la isi 4 5 kali...
|
|
|
|
|
|
|
|
henbeg n henpon boleh jual tu |
|
|
|
|
|
|
|
org tgh sakit pon ko nak rembat
hati hitam legam cmni lah
bongok |
|
|
|
|
|
|
| |
|