View: 2338|Reply: 14
|
Lupakan Ubat Batuk, Netizen Ini Kongsi Ramuan Oren Kukus Sebagai Penawar!
[Copy link]
|
|
Batuk merupakan respon tubuh melawan penyakit di mana ia membantu mengeluarkan lendir atau debu melalui saluran pernafasan. Setiap kali batuk, jarang sekali pesakit mendapatkan penawar alternatif. Kebiasaannya pasti akan mencari ubat batuk juga.
Foto: Huffington Post
Kadang-kadang ada juga yang malas untuk berjumpa doktor dan mendapatkan ubat batuk, sebaliknya hanya membeli ubat batuk di farmasi sahaja. Daripada menelan ubat batuk yang belum tentu berhasil meredakan batuk, apa kata cuba redakan batuk dengan bahan semula jadi.
Seorang netizen bernama Jes Tham berkongsi satu ramuan ubat batuk dari pakar ubat China dan Taiwan. Menurutnya, ubat batuk ini sesuai bagi meredakan batuk berlarutan dialami kanak-kanak dan orang dewasa.
Foto: Carian Internet
Bahan:
- Beberapa biji limau oren
- Sedikit garam
Caranya:
1. Potong bahagian atas dan bawah limau dan letak di dalam periuk.
2. Cucuk-cucuk permukaan atas limau dengan garpu, lidi sate atau chopstick.
Foto: FB Jes Tham
3. Taburkan secubit garam di bahagian atas limau dan sapu rata.
4. Kukus selama dua jam. Boleh dikurangkan masa kukus tetapi tak akan dapat banyak jus oren.
5. Siap untuk diminum! Rasanya masin-masin pahit ya.
Sediakan ramuan ini dan diminum sehingga batuk berhenti. Keberkesanannya bergantung kepada sistem pertahanan tubuh individu itu sendiri. Mungkin ada yang lambat, mungkin ada yang cepat sembuhnya.
Selamat mencuba! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm ayah saya dlu suh makan bawang merah sebiji dua. Alhamdulillah jalan..kot kebetulan ke apa tak tau la plk |
|
|
|
|
|
|
|
petua my sister....(mana dia dapat tak tahu le)
perah limau kasturi sebiji (bgi cukup satu sudu besar) than titiskan kicap 1,2 titis..( akak guna kicap manis) so sedap sikit la..
minum terus...biasanya cepat ok...ni klu time pregnant mmg x amik ubat batuk..so guna cara ni...
x pregnant pun boleh jugak...
buat dua kali sehari...
selalunya sehari dua dah ok dah... |
|
|
|
|
|
|
|
em elok sgt la. byk limau skrang. boleh buat bsnes ubat batok |
|
|
|
|
|
|
|
Aku punya petua pun sama macam ni tapi lain sikit. Letak gula batu bukan garam. Ni cina jugak yang bagi petua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Okeyh nanti batuk boleh cuba. Thank you for the info. |
|
|
|
|
|
|
|
Penah dapat petua yang agak sama dari macik indian masa dok sembang2. Bezanya xde taruk garam ke hape. Just kukus oren tu je pastu kasi anak minum. Petua menantu sabah dia katanya. Dia cakap memang menjadi tapi ai x penah try lagi setakat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
apa susah2 nk masak..ubat batuk aku satu famili...makan nenas jah...settle |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah limau byk ni org kasi berkotak2 nk cny |
|
|
|
|
|
|
|
Limau makan banyak senang batuk ...... Nilah petua yg terbaik untuk musim musim sekarang ....terima kasih share info yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
Limau lps kukus tu kena perah ke utk dptkn jusnya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|