Siapa yang tak suka smoothie yang sedap? Smoothie memang sedap, kaya zat nutrien, mudah dibawa ke mana sahaja dan senang dibuat. Bagi yang sudah 'pro' buat smoothie pasti tahu bahan apa yang perlu ditambah dan menjadikan rasanya hebat, bukan?
Walaupun begitu, enam bahan ini pasti kelihatan pelik untuk dijadikan bahan tambahan ke dalam smoothie anda.
1. Kelapa Parut
Tabur satu sudu kecil kelapa parut akan memberi rasa tropika pada smoothie anda. Tapi pastikan kalau beli yang sudah dipaket, carilah yang tidak dicampur bahan pengawet.
2. Tauhu
Tauhu kaya dengan protein. Menambah tauhu ke dalam smoothie akan memberi tekstur seperti yogurt dan lemak berkrim.
3. Oat
Foto: http://www.self.com
Oat merendahkan kandungan kolestrol dan meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Bukan itu sahaja, oat akan membuat anda berasa kenyang sehingga waktu makan tengah hari.
4. Cottage Cheese
Foto: http://www.posedperfection.com
Menambah keju ini ke dalam smoothie anda akan memberi nutrien mencukupi. Smoothie anda akan rasa lebih berkrim.
5. Halia
Foto: http://fitlife.tv
Halia segar akan memberi rasa pedas kepada smoothie anda dan menyeimbangkan rasa manis buah.
6. Mentega Kacang
Foto: Carian Internet
Bukan hanya disapu pada roti atau dijadikan bahan membuat kek dan biskut, malah mentega kacang juga boleh menjadi bahan tambahan terbaik untuk smoothie anda!
Mentega kacang akan menambah rasa berkrim, protein dan lemak sihat untuk smoothie anda.
Bagaimana, pernah tak anda terfikir untuk menambah bahan-bahan di atas ke dalam smoothie anda? - CARI |