Jika sebelum ini kecoh di laman sosial mengenai perkhidmatan menyewa teman lelaki di China, kini perkhidmatan menyewa kekasih sudah menjadi trend di kalangan pengguna media sosial termasuk Malaysia.
Amboi, budak-budak sekarang. Boleh pula menjadi kekasih seseorang ni dijadikan sebagai kerja sambilan.
Menerusi laman sosial Facebook University of Malaya Confessions, dipercayai seorang pelajar lelaki menawarkan bayaran 'berbaloi' kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi teman wanita sambilannya di speanjang perayaan Tahun Baru Cina akan datang.
Ada yang berminat? Hebat, tau tawaran jejaka ini! Sehari, kekasih sambilannya akan dibayar sebanyak RM388. Menarik, bukan? Tetapi untuk menjadi teman wanita sambilan lelaki ini, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Apa syaratnya? Wanita itu mestilah CANTIK dan tingginya mestilah 165 sentimeter ke atas sahaja.
Foto: FB University of Malaya Confessions
Berbeza dengan 'abang kacak' kita ini, dia pula menawarkan dirinya untuk disewa sebagai teman lelaki untuk perayaan Tahun Baru Cina nanti. Kalau ada wanita di luar sana berminat untuk menyewa 'cik abang' kita ini, berikut adalah maklumat terperinci mengenai perihal 'beliau'.
Tak banyak pun bayaran yang dimintanya, sehari hanya perlu bayar RM390 (USD88) sahaja. Ataupun anda boleh bayar sekali gus sebanyak RM8373 (USD1888) untuk sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini.
Ada yang berminat? PM segera mamat-mamat ini ya!
Jangan ambil serius pula kerana mereka berkemungkinan hanya berniat untuk mengusik orang ramai ekoran isu menyewa teman lelaki seperti yang berlaku di China baru-baru ini. - CARI
Foto: Facebook
|