Edited by zasrfikri at 1-2-2017 07:09 PM
Korang selalu tak, tengah-tengah lepak pastu tetiba.. bff atau ‘bro’ korang keluarkan idea yang sangat spontaneous untuk pergi bercuti. Sebenarnya lagi best tau bila pergi bercuti tanpa prior planning. Confirm menjadi! Eh, come on la.. Kalau asyik kerja je, bila masanya korang nak have fun dan spend masa berkualiti dengan yang tersayang kan? So, kali ini korang perlu tekad untuk laksanakan misi trip kasi redah ke lokasi yang bak kata orang putih ‘hidden gems’ di Malaysia ni! Apa lagi, jomlah check all the list dengan geng trip kasi redah korang!
1) Berfoto persis Salar De Uyuni di Sasaran Kuala SelangorTahu tak Salar De Uyuni tu apa? Ia merupakan salt flat terbesar di dunia yang terletak di Bolivia yang mana akan terhasil imej pantulan apabila korang berdiri di atasnya. Tapi, korang tau tak yang korang boleh dapatkan foto se’cun’ di Salar De Uyuni hanya di perkampungan nelayan bernama Sasaran Kuala Selangor?
2) Maldives? Eh, pergi Pulau Besar, Mersing pun dah cukup power!
Malas lah nak cakap banyak, tapi korang tengok jelah kecantikan Pulau Besar, Mersing ni! Baik korang redah sini dulu sebelum tempat ni di komersilkan sebab kami yakin bila dah ramai orang datang, view mesti dah tak sama.
3) Plan trip kasi redah ke Pulau Bohey Dulang di Sabah! kasi boleh je bah..
Buat kaki-kaki instagram tegar, kami sangat yakin yang korang bakal memenuhkan memori smartphone korang untuk mengambil foto di sini. Malah, pengikut instagram korang pasti dijamu berpuluh-puluh keping selfie dengan background laut biru di Bohey Dulang, Sabah ni.
|