|
|
Kandungan Vitamin C daripada lemon bukan sahaja bagus untuk kesihatan, malah ia juga berfungsi sebagai antioksida yang baik bagi merawat kulit kering dan kusam akibat radikal bebas.
Bukan itu sahaja, lemon juga mampu mengecilkan pori-pori di wajah, membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengatasi masalah kulit berminyak.
Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri penyembur penyegar wajah (face spray atau face mist) untuk menikmati manfaat dari lemon pada setiap masa?
Bahan:
- 2 sudu besar air perahan lemon
- 4 sudu besar air sejuk
Caranya:
1. Campur kedua-dua bahan dan kacau rata.
2. Masukkan ke dalam botol spray dan simpan dalam peti ais kira-kira 30 minit sebelum digunakan.
 Foto: Carian Internet
Anda boleh menggunakan penyegar wajah lemon buatan anda sendiri sebelum mengenakan alat solek mahupun selepas bagi mengelakkan wajah rasa kering.
Bukan sahaja menyegarkan dan melembapkan, malah ia juga mampu mencerahkan wajah anda.
Spray penyegar ini boleh bertahan selama seminggu tau! Apabila dah habis, bolehlah buat lagi. Tak susah pun, bukan? Selamat mencuba! - CARI |
|