Sesungguhnya sambutan Hari Kekasih dari dulu lagi mengundang banyak isu dan kontroversi dalam negara-negara Islam.
Namun baru-baru ini, sebuah farmasi pula mengambil kesempatan mempromosikan produk keluarannya menerusi iklan di laman sosial Facebook. Menerusi gambar itu, turut dipamerkan produk yang diberi diskaun sehingga lebih 30 peratus berserta hashtag HappyValentinesDay17.
Walaupun mesej yang ingin disampaikan pihak farmasi itu sebenarnya menggalakkan pengguna untuk mendapatkan produk mereka, namun mesej berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang membuat andaian mereka sendiri, sekali gus mencetus kontroversi.
Menerusi kapsyen gambar tersebut, ada juga netizen yang menganggap ia memiliki 'double meaning' termasuk tanggapan seperti ditujukan kepada lelaki solo yang 'kesunyian' dan 'terdesak'.
"Jadi, sekarang kita ada iklan yang menggalakkan orang melakukan onani sempena Hari Valentine?" tulis seorang netizen.
Pun begitu, ada juga netizen yang bersikap positif atau mungkin bertujuan menyindir kedua-dua pihak farmasi dan netizen.
"Iklan ini cuma galakkan lelaki jaga penampilan diri sebab semua maklum perempuan sukakan lelaki yang kulitnya lembut mulus.
"Tisu itu pula untuk lap lebihan losyen," katanya.
Jadi, berhati-hatilah sebelum berkata atau menulis sesuatu kerana dikhuatiri ianya disalah erti dan menimbulkan tanggapan negatif orang ramai, sekali gus menjadi bahan sindiran. - CARI
|