View: 4943|Reply: 22
|
[Tempatan]
Siti Kassim - Malaysia Negara Sekular, Asalnya Hindu
[Copy link]
|
|
Malaysia Negara Sekular, Asalnya HinduBy admin - February 17, 2017
![](https://www.menara.my/wp-content/uploads/2017/02/sitikassim02-640x320.jpg)
Kuala Lumpur: Malaysia adalah sebuah Negara sekular dan bukannya Negara Islam kerana tidak menjalankan sepenuhnya undang-undang Islam, itu antara kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Peguam yang juga Aktivis Bebas, Siti Kassim.
Menurutnya, jika ada pihak yang mendakwa Malaysia adalah Negara yang mengamalkan Islam, itu tidak tepat disebabkan perlembagaan kita masih mempunyai Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
Bagaimanapun tidak dinafikan negara Malaysia masih menjalankan beberapa undang-undang syariah mengikut landasan tetapi ianya terhad “Jadi bagaimana kita mahu mengatakan yang Malaysia merupakan sebuah Negara Islam?”katanya.
Ditanya mengenai bagaimana sejarah yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam kerana terdapat Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama, Siti Kassim mengakui yang beliau sememangnya tidak tahu mengenai sejarah itu.
Tetapi menurutnya, Malaysia mempunyai perlembagaan yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan sekularisme walaupun Raja-Raja atau Sultan diberikan kuasa sebagai ketua agama.
“Islam itu muncul setelah kehadiran saudagar Islam yang berdagang di sini kemudian barulah masyarakat memeluk agama Islam tetapi ketika itu negara belum ada perlembagaan lagi,”katanya.
Apa yang saya tahu, sejarah negara ini bermula dengan fahaman Hinduisme dan sebelum itu saya tak pasti adakah ini Negara Islam, yang pasti negara kita bermula selepas kemerdekaan pada tahun 1957.
Kenyataan yang mengambarkan BEBAS menyebarkan pemikiran liberal di kalangan umat Islam menjadikan ajaran sesat sukar dibendung disanggah oleh Siti Kassim yang mempersoalkan “bagaimana pihak-pihak tertentu menyatakan liberal itu sesat sedangkan Islam itu sendiri adalah liberal?”.
Menurutnya, jika mengikut pandangan minda yang tertutup sudah pasti mereka akan mengatakan liberal itu sesat sedangkan Islam sebenar tidak mengongkong, tidak membandingkan seperti dilabel golongan fasiq.
“Sebenarnya liberal yang dikecam Pas sebagai sesat itu, bukanlah sebuah ajaran atau sebuah agama, liberal sendiri adalah perkataan dan perkara yang baik, kewujudan liberal adalah untuk seluruh manusia di dunia mempraktikkannya dan bersifat universal.”
Beliau turut menyelar dakwaan beberapa pihak menyatakan pendirian BEBAS jelas berhasrat ingin membiarkan umat Islam bergelumang di dalam noda dan dosa seperti zina, khalwat dan lain-lain tanpa apa-apa bentuk tindakan atau pencegahan.
Menurut beliau, pihaknya tidak mempromosikan maksiat seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
“Kita lihat sendiri negeri Kelantan yang mendapat jolokkan serambi mekah, tetapi negeri merekalah yang paling ramai membuat maksiat.
“Jangan tanya saya apabila kami mempraktikkan “Human Nature” iaitu perkara yang dinisbahkan kepada Islam Liberal, sehingga membolehkan pihak-pihak tertentu menimbulkan kontroversi dengan pelbagai tomahan.
“Sebenarnya tidak semestinya orang yang tidak mengambarkan kehidupan secara Islamik itu tidak bermoral dan boleh dipandang rendah,”katanya.
Menurutnya, moral itu datang dari diri dan naluri, perkara ini adalah fahaman bersifat universal sekalipun mereka tidak mempunyai agama seperti di negara kafir tetapi mereka lebih mempraktikkan Islam daripada Negara Islam sendiri.
Katanya, Pas bukanlah hendak laksanakan hudud melalui usul RUU 355 dan perkara itu memang sudah sah, tetapi Hadi di lihat membuka jalan untuk mengimplimentasikan akta hudud mereka.
Kata beliau, sebenarnya enekmen akta hudud di Kelantan atau di Terengganu bukanlah sepenuhnya Islamik walaupun mereka mengambilnya dari Al Quran.
“Jadi inilah masalahnya, perlaksanaan hukum seperti rejam batu, potong tangan dan pancung sebenarnya bukan hudud tetapi hukum yang ditiru dari budaya orang Arab.
“Saya juga senada berhubung mahkamah sivil kerana hukuman gantung dan bunuh itu dianggap terlalu kejam, katakan orang yang digantung itu tidak bersalah dan sudahpun digantung, adakah boleh dihidupkan semula orang yang sudah mati itu.
“Apakah dengan meningkatkan hukuman, seorang pesalah itu akan terus berubah, sebenarnya tidak boleh, kita tidak boleh mengajar orang dengar cara memaksa,”katanya.
Menurut beliau, cara Islam yang diajar di Malaysia sudah terpesong begitu jauh sekali, Islam sepatutnya diajar dengan lebih lembut.
Tohmahan yang mengatakan BEBAS tidak layak bercakap tentang agama kerana tidak mempunyai ilmu dan berpemikiran liberal mendapat reaksi beliau dengan menyatakan tidak seorang pun dapat meneka sejauh mana tahap pengetahuan seseorang itu.
Katanya, adakah hanya kerana dia memakai serban atau digelar ustaz dan ustazah sahaja yang layak bercakap mengenai soal agama Islam dan tidak semestinya orang itu bertudung labuh membolehkan dia berhak untuk bercakap daripada orang yang tidak bertudung.
Menurutnya, ada juga orang yang tidak mempunyai ciri-ciri Islamik tetapi lebih bermoral dan mempunyai pandangan dan ilmu pengetahuan mengenai Al Quran lebih baik dan mendalam.
“Sebenarnya ulamaklah yang paling banyak kaki tipu dan paling banyak masuk neraka, jelas ini adalah hudud Pas bukan hudud Allah,”katanya.
Read more at: https://www.menara.my/malaysia-negara-sekular-asalnya-hindu/
|
|
|
|
|
|
|
|
ayo..sejarah pun tak tahu...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
lagi mau cakap bnyk...
cakap merapu..tiada fakta....cam ni ke peguam...
oh ye..peguam..hanya suka buat andaian saja...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Pookey la statement ko... takat jumpa Candi kat Lembah Bujang terus tag Tanah Melayu ni asal hindu?? Tuh Batu Bersurat kat Terengganu tuh hapa... Tak setuju ngan PAS carry on la...tapi tak payah la nak tag negara ni asal hindu la...apa la..hakkk tuihhh! punya statement.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia lupa kot, sebelum hindu masuk, masyarakat tanah malaya ni adalah penyembah tegar pokok chengal. Dalam porem ni ada sorang. Kira saki baki leluhur laa. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
candi lembah bujang tu dah wujud sebelum nabi ko dilahirkan ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Cer tunjuk hudud allah tu cemane??![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
al-dajal replied at 17-2-2017 11:24 PM
candi lembah bujang tu dah wujud sebelum nabi ko dilahirkan
Batu bersurat tu pun dah wujud sebelum moyang ko lahir dude |
|
|
|
|
|
|
|
tau takpe....... asalnya agama zoroastrian.... sembah api... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
moyang yg mana? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tahukah anda bhw aktiviti masa lapang moyang anda adalah berburu babi hutan dgn org asli? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
![](https://scontent-kut2-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/16472816_10154361326033479_6325626982109480228_n.jpg?oh=1903eb6bb9f69667403f0238d9ed3e88&oe=592DDA58)
|
|
|
|
|
|
|
|
sokong siti kasim
walaupun rupamu mcm. jembalang, tp hatimu. mcm. malaikat |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahampes ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
gen2 dah keluar ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Rambut dia lawa, macam minah saleh![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
YEP. LAMA TAK AKTIF
harini start memburu balik
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan la laju sangat yer ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
ni tak yah reply O.T ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|