|
Makin banyak tumbuhnya restoran yang menarik di utara tanah air. Terbaru, restoran berkonsepkan cottage dibuka di Kulim, Kedah.
Bagi anda yang inginkan suasana yang cozy, sejuk dan dipenuhi dengan elemen cottage ala Inggeris bolehlah bertandang ke sini.
The Cottage Restaurant ini dikatakan mempunyai servis terbaik persis hotel 5 bintang. Namun, jangan risau kerana harganya mampu milik dan menyediakan pelbagai menu ala Barat yang pasti menggiurkan.
Selain menjadi lokasi candle light dinner, anda juga boleh mengadakan parti hari jadi, reunion, meeting dengan klien dan sebagainya.
Antara yang menjadi pilihan termasuklah hidangan lobster, spageti, lamb chop dan sebagainya. Anda boleh set pada Waze, SK Tunku Abdul Malik jika mahu datang ke sini. Ini kerana restoran ini benar-benar berada di depan sekolah berkenaan.
Nah, anda boleh lihat antara menu yang terdapat di sini. Pasti tertarik punya! - CARI
Fb : The Cottage Restaurant
Instagram : @thecottagekulim
Jom LIKE & layari https://m.facebook.com/The-Cottage-Restaurant-155615725800…/ |
|