View: 3993|Reply: 15
|
Pelik-Pelik Trend Terkini, Berani Cuba Fesyen Rambut Glow In The Dark Ini?
[Copy link]
|
|
Bagi anda yang mengikuti perkembangan fesyen semasa, pasti sudah cukup pelik dengan pelbagai gaya dan trend rambut termasuklah Galaxy Hair, Rainbow Hair dan Pastel Hair yang diperkenalkan sebelum ini.
Pada tahun 2017 ini pula ada satu lagi trend rambut terkini yang boleh anda cuba dikenali sebagai Glow In The Dark Hair.
Foto: Guy Tang
Sesuai dengan namanya, warna rambut ini akan kelihatan 'menyala' dengan terang semasa anda berada dalam kegelapan.
Dicipta oleh seorang penggaya rambut bernama Guy Tang, gaya rambut ini sebenarnya belum lagi mudah untuk didapati.
Tambahan pula anda tidak boleh melakukan proses untuk mewarnainya sendiri di rumah, tidak seperti pewarna rambut yang biasa.
Foto: Guy Tang
Hanya profesional sahaja yang boleh melakukannya kerana rambut perlu melalui proses bleaching terlebih dahulu.
Selepas itu baru rambut anda akan diwarnai dengan cat rambut neon. Sedikit 'highlight' dan 'ombre' akan menjadikan rambut semakin menarik perhatian.
Bayangkan sahaja melangkah ke pesta dengan gaya rambut sebegini, pasti anda yang makan menjadi tumpuan utama.
Foto: Guy Tang
Bagaimana, ada yang berani mahu mencubanya? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Leppas tu bleh la shoot musik video 80s |
|
|
|
|
|
|
|
cantik gak.
tapi tak berani le nak buat. |
|
|
|
|
|
|
|
tak dan nak cuba..sbb pakai serkup kepala |
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 la nok. takyah la sesusah. rambut natural lg santekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar saloon cantik la. Sok pagi dah cuci, haaaaa..tengok rambut dah serupa penyapu! |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik tp kalo kt msia alamat kena kecam je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 1-3-2017 06:44 PM
Keluar saloon cantik la. Sok pagi dah cuci, haaaaa..tengok rambut dah serupa penyapu!
Hahaha setujuuuu.. keluar salon selalunya rasa cun gile lah.. lepas dah mandi, cun tu dah hilang ke mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik. suka tgk je. tapi tak minat nak color2 rambut ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik! Tapi zaman bleach rambut dah lama berlalu. Rosak habis rambut. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai untuk yang dalam entertainment industry atau fashion industry |
|
|
|
|
|
|
|
klu nak g lua dlm keadaan gelap...
bercahaya ke nih
xyah pki lampu suluh lagi |
|
|
|
|
|
|
|
cntkkkk, kalau soo wincci buat ni seswaiii sgt ngn muka dia tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|