Pernah tak anda bosan sehingga tak tahu nak makan atau masak apa, sudahnya goreng telur saja? Pasti pernah terjadi, bukan?
Daripada digoreng sahaja telur itu menjadi telur mata atau telur dadar, apa kata hari ini anda goreng telur kukus? Ala-ala makan tauhu kukus gitu, tapi yang ini perlu digoreng. Kasi lain sikit!
Foto: Rasa
Bahan-bahannya:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair (boleh guna krim masakan, susu segar, atau susu sejat)
Sedikit daun ketumbar diracik
4-5 ekor udang hidup dibuang kulit dan potong kecil
1-2 ketul dada ayam dipotong kecil
*Sedikit cili benggala merah dipotong dadu
*Sedikit cili benggala hijau dipotong dadu
Garam secukup rasa
* Opsyenal
Cara membuatnya:
1. Pukul telur hingga hancur dan masukkan semua bahan
2. Kukus dalam bekas selama 5 hingga 10 minit atau sehingga masak (cucuk dengan garpu, ia sudah masak jika tidak melekat pada garpu)
Foto: my sweet-little-warm kitchen
3. Keluarkan dari bekas kukusan, potong mengikut cita rasa dan goreng di dalam minyak panas.
4. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos dan mayones!
Telur kukus itu juga sedap dimakan tanpa digoreng. Gandingkan bersama sos tiram seperti tauhu bersos tiram ini. Pasti enak!
Foto: Mat Gebu
Bagaimana? Semudah ABC saja, bukan? Selamat menjamu selera! - CARI
Kredit resipi: Rasa |